3 Rahsia Mudah Dapat Kerja Sebelum Konvo
Belum lagi grade sudah dapat kerja dan gaji tersebut boleh digunakan untuk perbelanjaan konvo pula. Apa rahsianya sehinggakan belum lagi konvo sudah dapat kerja? Terdapat 3 cara mudah untuk anda mendapatkan kerja sebelum konvo dan ianya bukan lagi rahsia buat anda. Cuma ianya terletak pada diri anda sendiri sama ada hendak amalkan atau tidak 3 tips yang akan dikongsikan ini.
Tetapi sebelum itu, pastikan anda mengisi borang memohon kerja dengan betul ya. Jika anda ingin dapatkan tips untuk mengisi borang dengan betul sehingga majikan memanggil anda untuk datang kerja secepat mungkin, dapatkan panduan dan tipsnya disini.
3 Cara Mudah Untuk Dapatkan Kerja Sebelum Konvo
Sebelum konvo pastinya ada masa terluang untuk diisi oleh para graduan. Jadi, anda boleh mengisi masa yang ada dengan :
1. Buat Kerja Part Time
Semasa berada di tahun akhir mungkin pelajar IPT mempunyai banyak masa yang agak lapang. Jadi, anda boleh membuat kerja part time yang berkaitan dengan subjek yang anda belajar. Contohnya anda boleh membuat kerja part time seperti sebagai seorang pereka grafik, web designer, akauntan, pelukis draft dan pelbagai jenis lagi pekerjaan yang sesuai dengan anda.
Gunakan sahaja bakat yang ada untuk membuat kerja part time anda serta menghasilkan duit untuk anda. Sebagai permulaan, anda boleh minta upah antara RM30 hingga RM100 bergantung pada sesuatu tugasan yang diberikan.
Setiap tugasan anda boleh menjadi satu portfolio yang hebat untuk ditunjukkan kepada bakal majikan anda pada masa hadapan. Malah anda juga boleh bekerja sendiri dengan menjadi seorang freelancer dalam bidang yang anda pakar. Portfolio tersebut juga boleh ditunjukkan kepada pelanggan anda untuk memastikan mereka telah memilih orang yang betul dan tepat dalam menyelesaikan tugasan yang akan diberikan nanti. Bukankah itu sudah menunjukkan bahwa anda adalah seorang graduan yang sudah mempunyai pekerjaan?
2. Membina Hubungan Baik Dengan Majikan
Eh, belum kerja lagi bagaimana datangnya majikan? Sudah pastinya majikan ini wujud ketika anda menghadiri latihan industri / praktikal atau internship.
Jadilah seorang student yang peramah dengan penyelia, majikan juga dengan staf-staf yang lain. Bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada mereka dan ringankan mulut untuk sentiasa bertanya perkara berkaitan kerja yang anda lakukan.
Pastikan juga anda sentiasa bertukar idea yang baru dan kreatif dengan penyelia, staf dan majikan. Tanyakan pendapat mereka untuk memastikan anda menghasilkan kerja yang berkualiti dan pelanggan berpuas hati dengan kerja yang anda berikan.
Lama kelamaan anda akan rasa hubungan anda dengan penyelia, staf dan majikan menjadi semakin rapat malah akan membina networking yang lebih luas.
3. Berdikari Dan Multitasking
Pada masa kini kebanyakan majikan memerlukan pekerja yang berdikari dan boleh melakukan pelbagai jenis kerja. Jadi, semasa belajar mahirkan diri anda dengan skill-skill yang sememangnya diperlukan majikan pada masa kini.
Anda juga boleh try and error sesuatu tugasan yang diberikan supaya anda tahu cara yang betul untuk membuat tugasan anda dengan betul. Jadi, anda tidak perlu untuk bertanyakan perkara yang sama dan berkali-kali dengan majikan untuk menyiapkan tugasan tersebut.