Temuduga Penolong Pegawai Perangkaan C29
Adakah nama anda tersenarai sebagai calon temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Perangkaan C29? Jangan risau sekiranya nama anda tersenarai sebagai calon temuduga bagi jawatan ini, kami akan membantu anda dengan beberapa soalan yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk anda. Untuk pengetahuan anda, Penolong Pegawai Perangkaan C29 terletak dalam kumpulan Pelaksana bagi Kementerian / Jabatan Perangkaan Malaysia.
Gaji Yang Ditawarkan
- Gaji Minimum : RM1,493.00
- Gaji Maksimum : RM5,672.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perangkaan C29
Tugas seorang Penolong Pegawai Perangkaan C29 ialah :
- Bertanggungjawab memantau pelaksanaan program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data serta membantu penganalisisan data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Perangkaan C29
Berikut adalah beberapa contoh soalan temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Perangkaan C29 :
- Kenalkan diri anda secara ringkas.
- Adakah anda mempunyai ijazah dan nyatakan ijazah dan bidang pengajian anda.
- Kamu mempunyai ijazah, mengapa kamu memohon jawatan ini yang bertaraf diploma?
- Apakah deskrepsi tugas bagi jawatan ini?
- Apa yang perlu anda lakukan sekiranya responden banci tidak mahu memberi kerjasama kepada anda?
- Adakah anda pernah membuka portal rasmi Jabatan Perangkaan? Apakah pautan portal rasmi tersebut?
- Siapakah nama Ketua Statistik Malaysia?
- Apakah slogan Jabatan Statistik?
- Berikan 3 pemboleh ubah di dalam statistik?
- Terangkan maksud varians?
- Antara pembolehubah-pembolehubah yang disebutkan tadi, yang manakah digunakan di dalam pilihanraya?
- Adakah varian digunakan didalam bancian sebelum ini?
- Terangkan maksud R kuasa dua?
- Namakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi terkini?
- Apakah corak pembancian terkini? Terangkan kepada saya.
- Mengapa anda ingin bekerja dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)?
- Jika penempatan di Sarawak apa halangan yang kamu hadapi?
- Apakah isu terkini mengenai Jabatan Perangkaan Negara?
- Apakah infografik terbaru Jabatan Perangkaan?
- Siapakah Ketua Setiausaha Jabatan Perangkaan?
- Jabatan apakah yang berkait rapat dengan Jabatan Perangkaan?
- Apakah misi dan visi Jabatan Perangkaan?
- Terangkan objektif Jabatan Perangkaan dan jelaskan mengikut apa yang kamu faham.
- Apakah kelebihan Banci e-Cencus dan bilakah ia diperkenalkan?
- Bagaimanakah cara untuk menggunakan sistem Banci e-Cencus?
- Apakah yang anda faham tentang Invitation Code Banci e-Cencus?
- Terdapat berapa bahagiankah pembancian terkini di Malaysia?
- Apakah tujuan banci diadakan?
- Berapakah sepatutnya bilangan anak bagi sesebuah keluarga mengikut sasaran keluarga?
- Apakah sasaran penduduk (projections 2040) pada tahun 2040 yang akan datang?
Tips Menjawab Soalan Temuduga Dengan Mudah
Untuk menjawab soalan temuduga dengan muda, anda hanya perlu :
- Membuat persediaan sebelum temuduga.
- Membuat latihan dan menajwab soalan.
- Dapatkan maklumat penting berkaitan jawatan yang dipohon.
- Sentiasa yakin ketika menjawab soalan.
- Mendengar dengan betul soalan yang diajukan, sekiranya soalan agak sukar, minta sedikit masa dengan penemuduga. Jika anda tidak mendengar dengan pasti soalan, minta penemuduga untuk ulang semula soalan.
- Pastikan menjawab dengan senyuman dan tidak terlalu tegang ketika menjawab soalan.
- Gunakan intonasi suara dengan betul.
- Pastikan anda bersedia dengan soalan untuk ditanya sekiranya diminta.
Jadi, pastikan anda bersedia dan dapatkan seberapa banyak maklumat yang betul supaya anda dapat menjawab soalan dengan yakin.
PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN
Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.
Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.
Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.