Portal Jawatan Kosong Terkini

Ketahui 4 Perkara Yang Wajib Ada Dalam Resume Internship Anda

Ketahui 4 Perkara Yang Wajib Ada Dalam Resume Internship Anda

Kurang pengalaman? Boleh ke masukkan pengalaman internship dalam resume? Sebelum itu, anda perlu tahu maksud internship terlebih dahulu. Internship adalah bermaksud pelatih atau seorang pelajar yang menjalani latihan praktikal / amali sebelum melalui dunia pekerjaan yang sebenar.

Untuk menyiapkan resume internship, terdapat 4 perkara penting yang perlu anda masukkan iaitu :

Pendidikan

Pada bahagian pendidikan, anda perlu tekankan kepada latar belakang pendidikan anda beserta maklumat seperti berikut :

  • Nama institusi (Kolej / Universiti)
  • Jenis ijazah / diploma yang diambil
  • Pencapaian anda (Anugerah Dekan dan lain-lain yang berkaitan)

Juga, masukkan kursus yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon ke dalam resume anda.

Pekerjaan Yang Berkaitan

Sebagai seorang pelajar, masukkan sahaja pengalaman latihan industri atau praktikal anda ke dalam resume. Jika sebelum ini anda pernah melakukan pekerjaan sambilan dan mempunyai pengalaman yang hampir sama dengan pekerjaan yang dipohon, masukkan sahaja ke dalam resume anda. Nyatakan kelebihan pekerjaan tersebut dan kaitkan dengan jawatan yang dipohon.

Jika pekerjaan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipohon bagaimana pula? Pastinya setiap pekerjaan mempunyai pengalaman yang agak berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Masukkan pengalaman yang diperolehi dengan meletakkan keywords seperti :

  • Kepimpinan
  • Bertanggungjawab
  • Tolong menolong
  • Kreatif
  • Menyelesaikan masalah

Aktiviti Kurikulum

Aktif dalam aktiviti kurikulum? Senaraikan seberapa banyak aktiviti kurikulum yang telah anda sertai dan masukkan pencapaian yang telah anda capai sepanjang aktiviti kurikulum.

Mengapa aktiviti kurikulum ini perlu dimasukkan ke dalam resume? Ini kerana pengalaman yang ada ketika aktiviti dijalankan boleh menonjolkan kemahiran dan kebolehan yang ada pada anda.

Contohnya :

  • Menjadi Pengerusi Persatuan Berbasikal Universiti / Mengetuai Acara Berbasikal Universiti Peringkat Kebangsaan Tahun 2020

Pengalaman Kepimpinan

Seorang majikan pastinya melihat potensi seorang bakal pekerjanya melalui pengalaman yang lain terutamanya pengalaman dalam persatuan atau kelab yang disertai.

Mungkin anda pernah menjadi pengerusi, setiausaha, bendahari dan sebagainya. Malahan anda menjadi tulang belakang persatuan dan bertanggungjawab dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Disitulah majikan dapat melihat kelebihan anda untuk menjawat jawatan yang ditawarkan.

Semoga Bermanfaat!