Portal Jawatan Kosong Terkini

5 Soalan Favourite ”Billionaire” Dunia Ajukan Kepada Calon Pekerja Mereka Semasa Temuduga& Jawapan Yang Mereka Cari

Setiap syarikat pastinya mahukan pekerja yang dapat bekerjasama sebagai satu pasukan untuk memajukan, membesarkan dan bersama-sama mencapai misi syarikat.

Billionaire dunia seperti Bill Gates juga pernah menyatakan tidak suka dengan ‘bad hires’. Jadi sewaktu sesi saringan akhir bersama CEO, awal-awal lagi mereka sudah ada set soalan yang mencabar minda calon.

Melalui jawapan calon-calon yang bakal ditemuduga, mereka akan segera tahu membezakan pekerja yang betul-betul ‘akan bekerja’ dan staf “yang hanya mahu mendapatkan kerja”.

Oleh sebab itu setiap jenis soalan yang ditanya adalah penting untuk majikan menilai calon.

Soalan temuduga tidak dilontarkan secara sengaja, bagi mereka setiap soalan yang diajukan adalah bersebab.

Bagi calon pula, anda perlu tahu apa yang sebenarnya majikan cari dalam jawapan untuk setiap soalan. Setiap jawapan yang diberi akan memberi nilai yang besar untuk pengambilan pekerja.

Ketahui 5 soalan temuduga yang ditanya billionaire dunia kepada calon pekerja mereka dan jawapan yang mereka cari.

5 SOALAN TEMUDUGA YANG DITANYA BILLIONAIRE DUNIA

“Siapa individu yang paling hebat di dunia yang kamu jadikan idola dan mempengaruhi kerja-kerja kamu?”

Drew Houston Pengasas Dropbox

Houston berkata, dia hanya mahukan orang-orang yang betul-betul cintakan kerja mereka. Soalan-soalannya memang sukar, namun semuanya tentang bidang kerja dan kemahiran calon itu.

Kata Houston, soalan itu membantunya mendapatkan orang-orang yang sentiasa mahu menjadi lebih bagus serta mencari cara dan belajar untuk menjadi lebih hebat. Dia langsung tidak mahukan orang yang hanya bekerja untuk makan gaji.

“Beritahu saya satu risiko paling besar yang pernah kamu ambil untuk mendapatkan satu perkara yang baru” – Steve Cohen, pengasas Point 72 Asset Management

Kata Cohen, dia mahu mendengar jawapan yang unik dan daripada perspektif calon.

“Ini ‘risk-taking business’ pada tahap tertentu. Kita cuma mahukan orang-orang yang tidak takut mengambil risiko dan mampu mengawalnya.”

“Anda berada di mana?” – Elon Musk, pengasas Tesla

Cara Elon Musk agak berbeza. Dia sukakan soalan-soalan menguji minda. Contohnya:

“Kamu berdiri di satu tempat. Kemudian berjalan 1 batu ke arah selatan, satu batu ke arah barat dan satu batu ke arah utara. Tempat kamu berakhir itu, betul-betul di tempat kamu bermula tadi. Jadi, kamu sedang berada di mana?”

Elon Musk sebenarnya tidak mahukan jawapan. Dia hanya mahu melihat bagaimana cara calon berfikir ‘sendiri’ di luar kotak, memberi jawapan dan menjelaskan logik jawapannya. Google juga suka menggunakan soalan-soalan menguji minda seperti ini.

“Apa yang kamu tidak ceritakan dalam resume ini?” – Richard Branson, pengasas Virgin Group

Dalam bukunya, “The Virgin Way”, Branson menulis, tujuan sesi temuramah ialah untuk bertanya perkara yang tidak ada dalam ‘resume’ calon. Contohnya, pengalaman mereka.

Calon akan menjawab soalan ini dengan pelbagai cerita, termasuk membanggakan kejayaan-kejayaan lalu mereka. Jawapan yang ‘betul’ ialah yang menunjukkan ciri-ciri positif, empati, ketabahan dan kebijaksanaan.

“Kamu fikir, ini apa?” – Steve Jobs, pengasas Apple

Steve Jobs pula terkenal dengan caranya yang mahu melakukan sendiri sesi temuduga bersama pasukannya. Sepanjang kariernya, dia telah menemuduga lebih 5,000 orang calon. Steve Jobs mewujudkan ujian unik bagi mengenal pasti potensi calon.

Sewaktu sesi temuduga, Steve Jobs dan pasukannya akan menunjukkan prototaip produk Apple dan melihat reaksi calon. Calon yang jelas kelihatan teruja dengan potensi teknologi itu dan mula bertanya banyak soalan tentangnya, akan lulus.

Steve Jobs mahu semua pekerjanya merasakan mereka adalah sebahagian daripada kumpulan ‘pencipta’ dan ‘peneroka idea baru’ kerana mereka akan lebih mudah memahami dan menghadam, falsafah Apple – daripada proses temuduga sehingga kepada proses pengiklanan.

KESIMPULAN

Daripada soalan-soalan di atas, apa yang dapat anda huraikan?

Jika dilihat dari sudut jenis jawapan yang mereka mahu, jelas menyatakan bahawa mereka hanya mahu pekerja yang boleh buat kerja dan memberi kesan positif kepada syarikat sahaja. Apa yang dimaksudkan adalah pekerja yang mampu menyelesaikan masalah akan datang, mampu berfikir, bersifat positif dan mampu mengambil risiko dalam kerja.

Jadi sebagai calon pekerja, anda perlu ada sifat-sifat ini dalam diri anda. Jangan mohon kerja hanya untuk mendapatkan kerja dan bayaran. Setiap jawapan dalam temuduga adalah penting untuk menggambarkan diri anda.

Semoga bermanfaat!

Sumber