Resume : Pastikan Sentiasa Update Dengan 8 Perkara Berikut
Dalam dunia yang sentiasa banyak persaingan untuk mendapatkan pekerjaan, pentingnya disini untuk sentiasa update resume anda agar mudah mendapat pekerjaan yang anda idamkan.
Anda juga perlu menyemak semula resume anda sekiranya membuat permohonan baharu untuk mendapatkan pekerjaan dan terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebelum anda menghantar resume anda.
Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira ketika update semula resume anda?
Juga diingatkan kepada pencari kerja agar tidak mengulangi 9 kesilapan ketika menghantar resume. Nombor 5 adalah kesalahan yang paling kerap dilakukan. Klik disini untuk dapatkan apakah 9 kesilapan tersebut tersebut.
8 Perkara Yang Perlu Dilakukan Ketika Update Resume
1. Masukkan Keywords Yang Bersesuaian
Semak semula apakah deskripsi tugasan yang telah dinyatakan oleh syarikat tersebut. Kemudian masukkan keywords yang sesuai dan sepadan dengan pekerjaan tersebut. Pastikan keywords tersebut adalah berkaitan dengan kehendak pekerjaan, kemahiran, majikan yang lalu dan kelayakan anda.
2. Keluarkan Maklumat Lama
Maklumat yang berkaitan dengan pengalaman kerja yang lalu 10 hingga 15 tahun lepas boleh digantikan dengan pengalaman kerja yang terkini.
Juga, tidak perlu masukkan maklumat persekolahan serta pengajian kolej semata-mata untuk padatkan resume anda dengan maklumat-maklumat yang tidak diperlukan.
3. Masukkan Maklumat Yang Terkini
Bahagian ini adalah bahagian yang paling penting. Masukkan maklumat profesional anda seperti :
- Pekerjaan terkini
- Maklumat pendidikan terkini
- Kemahiran terkini
4. Keluarkan Objektif Resume
Gantikan objektif resume anda dengan profil resume anda. Ia lebih menekankan tentang :
- Kemahiran
- Pengalaman
- Pencapaian
Pastikan 3 perkara ini mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipohon kerana profil resume adalah cara yang terbaik untuk anda menawarkan kepada majikan perkara yang mereka inginkan.
5. Tonjolkan Pencapaian Anda
Senaraikan pencapaian anda ketika update resume anda. Masukkan nombor seperti peratusan pencapaian anda pada pengalaman kerja yang lalu. Ini menunjukkan anda berjaya mencapai target dan melakukan tugasan dengan baik.
6. Baca Semula
Setelah siap di update, pastikan anda membaca semula atau meminta rakan untuk membaca resume anda agar dapat mengenalpasti kesilapan atau kesalahan kecil yang dilakukan.
7. Update Resume Online
Jika anda pernah menghantar resume secara online dimana-mana laman web, juga gantikan atau update resume anda dengan resume yang terkini. Apabila anda update dengan resume terkini, secara automatik juga sistem akan padankan dengan pekerjaan yang lebih relevan dan sesuai dengan anda.
8. Update Dengan Kerap
Ia adalah satu perkara yang bagus kerana apabila anda mendapat pekerjaan yang baru, pencapaian terkini dan menyambung belajar, anda boleh terus masukkan ke dalam resume anda. Ia lebih mudah apabila anda sentiasa update resume berbanding update selepas berpuluh tahun.