9 Kesilapan Pencari Kerja Ketika Menghantar Resume, No 5 Kesalahan Paling Kerap Dilakukan
Malas adalah sikap yang ada dalam diri masing-masing. Namun ketahuilah bahawa dengan adanya sikap malas ini, ia tidak akan membawa anda ke mana-mana. Malahan anda akan berada ditakuk yang sama sahaja.
Perbaiki semua kesilapan yang dilakukan ini agar anda tidak menganggur lagi. Jom check dan perbaiki dengan segera.
9 Kesilapan Pemohon Kerja Ketika Menghantar Resume
Terdapat 9 kesilapan yang sering dilakukan oleh pemohon kerja dan menyebabkan resume anda direject mudah-mudah oleh bakal majikan anda. Apakah 9 kesilapan tersebut?
1. Emel
Perkara ini berulang kali diingatkan kepada semua pencari kerja untuk membuat emel yang lebih profesional untuk memohon pekerjaan terutamanya. Free sahaja untuk mencipta akaun emel terbaru terutamanya Gmail. Mulai hari ini, gantikan emel zaman kanak-kanak anda dengan emel yang lebih profesional.
2. Cover Letter Panjang Berjela
Majikan tidak punyai masa yang panjang untuk membaca surat permohonan anda. Cukup nyatakan bahawa anda ingin membuat permohonan kerja dan masukkan nama jawatan. Tidak perlu masukkan semua maklumat dalam cover letter anda. Resume kan ada. Untuk dapatkan cara membuat cover letter dengan lebih lengkap, klik sini dan siapkan cover letter anda dengan lebih baik.
3. Tidak Berusaha
Maksudnya disini, anda menghantar emel tanpa sebarang pengenalan, cover letter dan tiba-tiba bakal majikan terima attachment sahaja. Jika anda ditempat bakal majikan, nak ke ambik pekerja begini?
4. Spam Banyak Ke Dalam Emel
Ada jenis calon yang akan spam emel bakal majikan dengan menghantar attachment fail satu persatu. Anda boleh satukan fail anda dalam bentuk PDF atau hasilkan satu link untuk memudahkan bakal majikan membukanya.
5. Fail Terlalu Berat
Jika size PDF atau fail anda terlalu berat, tolong compressorkan dahulu fail tersebut. Tukar setting kepada ” All with link can view” sekiranya anda menggunakan Google Drive agar dapat dibuka dan dibaca oleh bakal majikan anda.
6. Tiada Portfolio
Portfolio penting untuk menunjukkan bahawa anda boleh membuat kerja yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Portfolio ini penting untuk anda yang memohon jawatan sebagai designer, grafik, rekaan fesyen dan sebagainya. Jika tiadak sertakan bersama, bagaimana bakal majikan tahu anda pandai buat kerja atau tidak kan? Sertakan bukti anda. Jangan lupa.
7. Terkeluar Tajuk
Mungkin masa di universiti anda belajar dalam bidang Grafik tetapi mohon kerja dalam bidang Kejuruteraan. Nampak sangat tidak sepadan dan memang terkeluar tajuk. Lain kali baca maklumat yang diberikan seperti skop tugas dan keperluan yang diminta oleh majikan.
8. Tiada Rujukan
Masukkan nama rujukan terutamanya bagi anda yang lepasan graduan. Minta kebenaran pensyarah atau supervisor tempat praktikal anda untuk masukkan nama mereka ke dalam resume anda.
9. Kesalahan Tatabahasa
Alah, salah sikit pun kena reject juga ke? Kalau satu dua salah mungkin boleh diterima. Jika banyak? Rajinkan diri untuk membaca semula resume anda. Check kesalahan tatabahasa. Ini bukan masanya “Sorry, typo” ya.
Jadi, perbaiki semua kesilapan yang anda pernah lakukan ini dan semoga anda mendapat pekerjaan yang anda mohon selepas ini.