Masukkan Anugerah Dekan Ke Dalam Resume
Bagaimanakah cara yang betul untuk memasukkan pencapaian anugerah dekan ke dalam resume? Ini adalah kerana ia adalah satu pencapaian yang terhormat dalam pengajian di universiti yang anda perolehi.
Jadi, baca perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara yang betul untuk memasukkan anugerah dekan ke dalam resume anda.
Mengapa Perlu Masukkan Anugerah Dekan Ke Dalam Resume?
Terdapat 4 sebab mengapa anda perlu memasukkan pencapaian Anugerah Dekan ke dalam resume anda.
- Fokus kepada pencapaian akademik : Anda boleh menarik bakal majikan untuk terus fokus kepada kualiti pencapaian akademik yang anda perolehi sepanjang anda belajar di universiti. Jadi, secara tidak langsung anda juga akan memberikan kualiti yang terbaik dalam pekerjaan anda.
- Bukti anda konsisten dalam apa jua bidang : Sekiranya anda menyenaraikan pencapaian Anugerah Dekan untuk setiap semester, bakal majikan beranggapan bahawa anda adalah seorang yang konsisten dan berkomitmen dalam apa jua bidang yang anda ceburi serta mempunyai cara yang terbaik untuk mencapai matlamat yang anda inginkan terutamanya dalam pekerjaan anda.
- Lebih kukuh sekiranya anda datang daripada universiti yang berprestij : Anda akan berada dalam kedudukan teratas sebagai calon yang terbaik dan sesuai dengan jawatan yang ditawarkan sekiranya anda datang daripada universiti yang terkenal dan berprestij tinggi. Terdapat sesetengah bakal majikan lebih teruja dengan calon yang tamatkan pengajian serta mempunyai Anugerah Dekan setiap semester daripada universiti terkenal dan merasakan calon tersebut adalah calon yang terbaik untuk diserap ke dalam syarikat mereka.
- Tambah maklumat ke dalam resume : Anda perlu tambahkan maklumat ini ke dalam resume sekiranya anda baru tamatkan pengajian dan belum mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Jadi, masukkan pencapaian ini untuk menarik perhatian bakal majikan anda ketika mereka membaca resume anda.
Cara Memasukkan Anugerah Dekan
Berikut adalah cara-cara memasukkan anugerah dekan ke dalam resume anda :
1. Senaraikan pencapaian anugerah dekan dibahagian pendidikan.
2. Masukkan bahagian pendidikan dibahagian atas resume.
3. Nyatakan jumlah senarai dekan yang diperolehi.
4. Masukkan CGPA & Semester Yang Diperolehi.
1. Senaraikan Pencapaian Anugerah Dekan Dibahagian Pendidikan
Kebanyakan daripada anda meletakkan pencapaian Anugerah Dekan pada bahagian Anugerah & Pencapaian. Tetapi kali ini cuba tukar Anugerah Dekan yang anda perolehi di bahagian Pendidikan supaya bakal majikan boleh terus fokus kepada pencapaian pendidikan yang anda perolehi.
2. Masukkan Bahagian Pendidikan Dibahagian Atas Resume
Untuk perkara ini, tukarkan bahagian pendidikan dibahagian atas resume sekiranya ini adalah permohonan kerja yang pertama anda. Bagi graduan yang baru tamat pengajian boleh mencuba kaedah ini untuk memasukkan anugerah dekan di dalam resume.
3. Nyatakan Jumlah Senarai Dekan Yang Diperolehi
Senaraikan jumlah Anugerah Dekan yang anda perolehi ke dalam resume anda walaupun anda mendapat anugerah setiap semester. Ia sesuai sekiranya resume anda mempunyai ruang yang kosong.
4. Masukkan CGPA & Semester Yang Diperolehi
Masukkan jumlah CGPA beserta semester yang diperolehi.Bakal majikan akan tertarik dengan jumlah CGPA yang dinyatakan kerana merasakan anda adalah calon yang hebat dan anda adalah calon yang dicari oleh mereka.
Contoh Anugerah Dekan Dalam Resume
Berikut adalah contoh Anugerah Dekan yang boleh dimasukkan ke dalam resume :
Contoh 1
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
- Ijazah Sarjana Muda Sains Mikrobiologi
- CGPA : 3.9
- Anugerah Dekan 6 Semester
Contoh 2
- Anugerah Dekan Semester 2 & 3 Tahun 2018 : CGPA 3.8 / CGPA 3.9
- Anugerah Dekan Semester 1, 2 & 3 Tahun 2019 : CGPA 4.00
- Anugerah Dekan Diraja Tahun 2020 Majlis Konvokesyen Universiti Malaya
Manfaatkan pencapaian akademik dan masukkan ke dalam resume anda dengan cara yang dikongsikan ini. Semoga anda berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi.