Portal Jawatan Kosong Terkini

“Apa Yang Paling Anda Suka Tentang Pekerjaan Terakhir Anda?” Kami Kongsikan Tips Menjawab Soalan Ini

Apa Yang Paling Anda Suka Tentang Pekerjaan Terakhir Anda?

Apa yang akan anda jawab sekiranya anda mendapat soalan ini?

Sebelum temuduga, pastikan anda memikirkan jawapan yang sesuai untuk jawapan ini. Pastikan anda tidak menceritakan sisi yang negatif sekiranya anda ditanya mengenai pekerjaan terakhir anda.

Mengapa Majikan Bertanya Soalan Ini

Soalan ini memberi peluang kepada HR untuk mengetahui jenis pekerjaan yang sesuai dengan anda jika anda bekerja di syarikat tersebut. Mereka boleh mengukur tahap pengalaman anda dengan situasi tempat kerja dan menilai kemahiran insaniah anda. Syarikat ingin memastikan mereka memberikan jawatan kepada orang yang betul dan sesuai.

 

Langkah Menjawab Soalan

Berikut adalah 4 langkah untuk membantu anda menjawab soalan ini:

  • Buat senarai aspek yang tidak sesuai dengan pekerjaan terakhir anda
  • Kenal pasti penyelesaian untuk masalah tersebut
  • Bandingkan penyelesaian anda dengan apa yang ditawarkan oleh pekerjaan
  • Berlatih

1. Buat senarai aspek yang tidak sesuai dengan pekerjaan terakhir anda

Kenal pasti perkara yang mungkin tidak anda suka pada pekerjaan anda sebelumnya. Fokus pada elemen yang boleh diubah atau dielakkan dalam pekerjaan baru. Langkah ini dapat memastikan anda menceritakan tentang pekerjaan anda sebelum ini dari segi bagaimana ia tidak sesuai dengan matlamat kerjaya, keseimbangan kerja dan kehidupan anda.

2. Kenal pasti penyelesaian untuk masalah tersebut

Untuk setiap perkara yang tidak anda suka mengenai pekerjaan anda sebelumnya, ceritakan bagaimana perkara itu dapat diperbaiki dalam pekerjaan anda yang seterusnya. Langkah ini dapat membantu anda mengekalkan sikap membina terhadap pekerjaan anda yang lalu.

3. Bandingkan penyelesaian anda dengan apa yang ditawarkan oleh pekerjaan

Sebaik sahaja anda menceritakan jalan penyelesaian kaitkan ia dengan jawatan yang anda mohon. Lihat strategi yang dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah tersebut.

4. Berlatih

Pilih beberapa jawapan yang sesuai dan berlatih menjawab soalan tersebut. Anda perlu berlatih untuk menjawab soalan tersebut supaya anda lebih yakin ketika menjawab soalan tersebut. Melalui latihan juga, anda boleh mengenalpasti kesesuaian jawapan dengan pengalaman kerja anda yang lepas.

Contoh jawapan

Anda boleh menggunakan jawapan di bawah dan sesuaikan dengan pengalaman kerjaya anda.

  • Contoh 1 : Keinginan untuk mengembangkan kemahiran anda

“Saya sangat suka bekerja di syarikat lama kerana ia menawarkan satu peluang untuk terus maju dalam bidang yang saya lalui. Namun, ianya agak terhad untuk saya memperkembangkan kemahiran yang lain. Saya lihat syarikat ini memberi peluang yang besar untuk saya memperkembangkan kemahran saya dan sekaligus mempelajari kemahiran yang baru. Oleh hal yang demikian, saya amat berminat untuk bekerja di syarikat ini.”

  • Contoh 2 : Mencari cabaran profesional

“Semasa pekerjaan terakhir saya, tidak banyak ruang untuk mengembangkan karier saya selain kemahiran tertentu sahaja. Setelah bekerja selama dua tahun dengan jawatan tersebut, saya ingin melakukan tugas dengan kemahiran yang berbeza .Namun, saya tidak berpeluang untuk melakukannya di tempat kerja yang lama. Ini menyebabkan saya sangat teruja untuk bekerja ditempat baru yang lebih berpotensi dan mencabar.”

  • Contoh 3 : Berminat dengan kerja yang fleksibel

“Saya suka pekerjaan yang diberikan dan kepercayaan oleh majikan kepada saya melalui tugas-tugas tersebut. Walaupun terdapat kekurangan fleksibiliti dalam jadual saya, saya masih menikmati pengalaman yang saya lalui dalam pekerjaan ini. Memandangkan syarikat ini menawarkan peluang untuk bekerja dari jarak jauh dan waktu yang diperlukan, ia sangat sesuai dengan apa yang saya inginkan selama ini”

Pentingnya disini memberikan jawapan yang positif kerana jawapan anda memberikan perspektif yang berbeza daripada majikan. Ia juga menunjukkan prestasi kerja anda dan mereka mengukur kemampuan serta kemahiran anda ditempat kerja yang terdahulu.

Yakin dan sentiasa bersiap sedia sebelum anda menghadapi sebarang temuduga. Diharap perkongsian ini membantu anda menjawab soalan “Apa yang paling anda suka tentang pekerjaan terakhir anda?” dengan baik.

Semoga bermanfaat!