Apakah Font Dan Saiz Yang Sesuai Digunakan Untuk Cover Letter
Menulis cover letter bukanlah boleh dibuat dengan sambil lewa dan ikut suka anda sahaja. Anda perlu menulis dengan mengikut format yang sesuai dan pastikan majikan boleh membacanya dengan jelas.
Jadi, penggunaan font dan saiz yang sesuai sangat penting ketika anda menyiapkan cover letter anda.
Apakah font dan saiz yang sesuai untuk menulis cover letter?
Ringkas Dan Profesional
Walaupun anda seorang yang kreatif, elakkan menggunakan font yang tidak profesional seperti Comic Sans, Hand Writing dan sebagainya yang sukar dibaca oleh orang lain.
Tujuan utama anda menghantar cover letter adalah kerana untuk menyampaikan mesej yang jelas iaitu memohon pekerjaan dan sekaligus menonjolkan kemahiran serta pengalaman kerjaya anda.
Gunakan font dan saiz yang sama anda gunakan ketika menulis resume anda.
Pilih Font Yang Ringkas
Anda boleh menggunakan font yang ringkas seperti Arial, Courier New, Calibri, Verdana, dan Times New Roman dan font jenis ini adalah yang terbaik untuk anda menulis resume anda. Ini kerana font ini mesra emel dan menjadi pilihan para profesional untuk menyiapkan cover letter mereka.
Pastikan juga anda menggunakan satu jenis font sahaja di dalam cover letter anda. Tidak perlu campur adukkan font. Anda juga dinasihatkan untuk tidak garis dan Italic perkataan sebaliknya gunakan Bold sekiranya anda ingin menonjolkan keywords tertentu.
Pilih Saiz Yang Betul
Anda boleh gunakan saiz font berukuran 10 hingga 12. Format cover letter anda dengan margin tidak lebih 1″ dan tidak kurang daripada 7″.
Saiz font juga bergantung pada jenis font yang anda gunakan. Sekiranya anda menggunakan font Arial, saiz 11 nampak sesuai kerana tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil serta mudah untuk dibaca.
Cara Memilih Font Dan Saiz
Pilih font dari senarai di bahagian atas dokumen anda sebelum anda mula menulis cover letter anda, atau:
- Taipkan surat lamaran anda.
- Highlight kandungan surat anda.
- Pilih saiz font yang anda mahu gunakan dengan cara yang sama.
- Proofread atau baca semula cover letter anda.
- Print cover letter, walaupun anda akan upload melalui emel. Ini adalah untuk memastikan bahawa surat itu diformat dengan font dan saiz yang betul.
Pastikan anda telah memilih template yang sesuai sebelum menyiapkan cover letter. Kemudian cuba saiz dan font yang berbeza semasa menyiapkan cover letter. Selepas itu anda akan tahu font dan size yang mana sesuai untuk cover letter anda.
Anda perlu mencuba setiap font dan saiz yang sesuai untuk menyiapkan cover letter. Jangan lupa untuk memasukkan keywords yang sepadan dengan jawatan yang dipohon.
Semoga perkongsian ini membantu anda menyiapkan cover letter dengan font dan size yang ideal.