Apakah Kelebihan Anda Yang Tidak Tercatat Di Resume? Jawab Begini Confirm Majikan Puas Hati
Apakah Kelebihan Anda Yang Tiada Dalam Resume? Ini Cara Menjawabnya
Kadangkala penemuduga ingin tahu kelebihan anda yang anda tidak masukkan ke dalam resume. Mungkin penemuduga ingin mengenali anda dengan lebih dekat dan ingin tahu kelebihan lain yang ada pada diri anda.
Untuk menjawab soalan ini, anda perlu mengambil sedikit masa dan jangan tergopoh gapah untuk menjawabnya agar jawapan yang diberikan tidak sama seperti yang ada dalam resume.
Sebelum itu, buat semakan resume mengenai point penting yang dimasukkan agar resume anda menarik perhatian bakal majikan.
Cara Untuk Menjawab Soalan “Apakah Kelebihan Anda Yang Tiada Dalam Resume?”
Cara untuk menjawab soalan ini ialah :
1. Semak Resume Anda
Pentingnya mempunyai salinan resume pada anda kerana anda boleh membuat semakan. Jadi anda boleh semak pada bahagian ini dan ceritakan perkara yang tidak dimasukkan kepada penemuduga anda.
- Pengalaman
- Kemahiran
- Sijil Ikhitisas / Profesional
- Penghargaan atau pencapaian
- Aktiviti luar
- Minat
2. Pilih Kelebihan Yang Paling Unik
Setiap majikan inginkan pekerja yang mempunyai kelebihan serta kemahiran yang unik dan lain daripada yang lain. Jadi, jangan lupa masukkan kemahiran sahsiah atau Soft Skill yang boleh memberi kelebihan kepada anda untuk menjawat jawatan tersebut berbanding orang lain.
3. Kaitkan Kelebihan Anda Dengan Misi Syarikat
Jika anda membuat research mengenai syarikat tersebut, pastinya anda ketahui misi dan visi serta objektif syarikat. Oleh itu, kaitkan kelebihan anda dengan kehendak syarikat. Mungkin mereka mahu pekerja yang kreatif dan berdaya saing untuk memajukan diri sendiri serta syarikat itu sendiri. Maka, ceritakan perancangan anda dalam tempoh 2-3 tahun yang akan datang serta pencapaian syarikat tersebut.
Secara tidak langsung ia akan memperlihatkan bahawa anda layak untuk memenuhi kehendak syarikat dengan maklumat yang diberikan.
Tips Menjawab Soalan “Apakah Kelebihan Anda Yang Tiada Dalam Resume?”
Berikut adalah tips untuk menajwab soalan “Apakah Kelebihan Anda Yang Tiada Dalam Resume?”
- Yakin dan jawab soalan dengan jelas dan bersahaja untuk menunjukkan kepada penemuduga bahawa anda layak untuk menjawat jawatan tersebut.
- Ringkaskan jawapan anda agar difahami oleh penemuduga. Pastikan anda tidak memberikan jawapan dengan meleret.
- Terangkan mengapa anda tidak memasukkan maklumat tersebut di dalam resume anda dengan menyatakan bahawa ianya tidak begitu sesuai dengan jawatan yang dipohon untuk dimasukkan ke dalam resume anda.
Contoh Jawapan “Apakah Kelebihan Anda Yang Tiada Dalam Resume?”
Berikut adalah contoh menjawab soalan ini :
Contoh 1
“Satu pengalaman yang tidak dimasukkan ke dalam resume saya adalah sebagai pemandu pelancong kampus. Saya mengetuai lawatan berkumpulan calon pelajar dan keluarga mereka di sekitar sekolah dan membincangkan pengalaman saya sebagai pelajar. Saya tahu apa yang mereka lalui kerana saya berada di tempat mereka tiga tahun sebelum itu. Saya menjadi pakar di kolej saya untuk membantu golongan muda merasa lebih yakin dengan pendidikan masa depan mereka.
Oleh kerana saya memohon jawatan sebagai copywriter, saya memilih untuk fokuskan resume saya berkaitan dengan pengalaman seperti menulis dan menyunting. Namun, tugas saya sebagai pemandu pelancong meningkatkan kemampuan saya untuk berhubungan dengan orang lain serta mempunyai keperluan dengan pelanggan dan penting untuk jawatan ini. ”
Contoh 2
“Saya menyertai kumpulan larian yang bertemu setiap hujung minggu untuk larian jarak jauh. Semasa mula-mula pindah ke sini, perkara pertama yang dilakukan adalah dengan mengedar risalah di gym, tetapi sekarang saya bertugas di bahagian media sosial dan menguruskan aturcara acara kumpulan tersebut. Ia bermula dengan hanya beberapa orang, tetapi sekarang ini terdapat 30 ahli yang ingin menjadi lebih aktif dan sihat. Saya menggunakan kemahiran saya dalam komunikasi media sosial dan semangat keusahawanan untuk membantu orang lain. Saya faham bahawa kemahiran ini sangat sesuai untuk jawatan sebagai penyelaras media sosial. ”
Contoh 3
“Saya memilih untuk tidak memasukkan kemahiran membuat kod pada resume saya kerana pekerjaan ini nampaknya lebih tertumpu pada reka bentuk grafik dan penjenamaan produk. Namun, saya mempunyai pengalaman dengan HTML, CSS dan JavaScript dan saya berminat untuk menggunakan kemahiran ini pada pelbagai projek pembangunan web yang dapat saya tetapkan. ”
Jika anda menjawab dengan yakin, pastinya penemuduga berpuas hati dengan jawapan yang anda berikan. Tetapi ingat, pastikan jawapan yang anda berikan padat dan ringkas. Semoga anda berjaya dalam temuduga anda dan mendapat jawatan yang ditawarkan.