Rupanya Kerja Swasta Pun Banyak Kelebihannya. Jom Check Kelebihan Kerja Sektor Swasta Disini
Kerja Swasta Pun Banyak Kelebihan
Ramai betul rakyat Malaysia memilih untuk bekerja dalam sektor awam berbanding kerja swasta sekarang ini. Almaklumlah, katanya :
- Kerja kerajaan lebih terjamin.
- Gaji tinggi dan ada kenaikan gaji
- Ada pelbagai elaun
- Cuti tahunan dan cuti-cuti lain yang banyak
- Faedah untuk membeli rumah
- Mudah buat loan
- Mudah naik pangkat
- Jaminan kerja tetap
- Dapat bonus
Kalau difikirkan, memang banyak kelebihan bekerja dalam sektor awam. Tetapi cuba kita lihat kelebihan sekiranya bekerja dalam sektor swasta pula.
Kelebihan Kerja Swasta
Terdapat beberapa kelebihan bekerja dalam sektor swasta seperti :
Caruman KWSP
Syarikat akan membuat caruman KWSP dan caruman ini semestinya sangat membantu tabungan masa hadapan anda. Ini kerana pihak majikan wajib membuat caruman kepada setiap pekerjanya mellaui potongan oleh majikan dan beberapa peratus daripada gaji anda. Jika anda bekerja dalam bidang swasta selama 10 tahun, tabungan anda boleh mencecah sebanyak RM100,000.
Menentukan Gaji
Tahukah anda, anda boleh menentukan gaji anda sendiri sekiranya anda bekerja dalam sektor swasta? Pastikan anda highlight pada pengalaman serta kepakaran yang tidak ada pada orang lain dan anda boleh demand gaji yang tinggi bersesuaian dengan kepakaran anda.
Bonus Yang Besar
Bonus bekerja dalam sektor swasta sangat bessar berbanding kerja dalam sektor awam. Ini kerana pengiraan bonus adalah berdasrkan keuntungan sesbuah syarikat. Kemungkinan bonus yang anda dapat boleh mencecah 3 bulan gaji anda. Lumayan bukan?
Pakej Percutian
Jika anda bekerja yang memerlukan anda out station, sudah pasti ianya dilengkapi dengan pakej percutian. Manakan tidak, syarikat menghantar anda untuk deal dengan pelanggan sehingga ke luar negara sambil melancong di tempat tersebut.
Latihan Secara Percuma
Jika ada kenaikan pangkat, anda mungkin ditawarkan untuk menjalani latihan untuk memantapkan skill anda. Ada syarikat besar dimana HQ nya terletak di luar negara dan anda perlu menimba ilmu disana. Jadi, secara tidak langsung, anda boleh melancong dan melihat negara orang percuma sahaja. Ilmu dapat, melancong pun dapat.
Kemudahan Cuti
Syarikat swasta sekarang memberikan cuti mengikut Akta yang telah ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Buruh dan sudah pasti anda mendapat faedah seperti yang telah ditetapkan.
Mudah Naik Pangkat
Berikan komitmen yang tinggi dalam pekerjaan anda. Jika anda bertahan lama dalam pekerjaan ini dan KPI anda maintain, pasti mudah untuk anda naik pangkat serta ada kenaikan gaji.
Tidak Terikat
Seronoknya kerja dalam sektor swasta ini, anda tidak terikat dengan satu syarikat sahaja. Anda boleh bekerja dalam tempoh percubaan dalam 3-6 bulan dan sekiranya tidak sesuai, anda boleh mohon kerja di syarikat baru. Malahan anda juga boleh mengembangkan kerjaya anda di syarikat lain yang mempunyai jawatan yang leibih baik dan lebih tinggi daripada syarikat lama.
Pelbagai Elaun
Terdapat pelbagai elaun yang disediakan kepada pekerja swasta seperti :
- Elaun kedatangan
- Elaun rajin
- Elaun makan
- Elaun kenderaan
- Elaun pakaian
- Elaun bekerja lebih masa
Sedikit sebanyak, elaun yang diberikan ini dapat menampung gaji para pekerja swasta setiap bulan.
Inilah beberapa kelebihan-kelebihan bekerja dalam sektor swasta yang perlu anda tahu dan dinikmati oleh mereka yang bekerja dalam sektor ini. Jom minta kerja swasta dan nikmati kelebihan yang ada.