Cover Letter: Berapa Mukasurat Yang Sesuai?
Tanpa cover letter ketika membuat permohonan kerja ibarat tidak sempurna permohonan anda kerana mengantar resume sahaja. Walaupun tidak diminta, siapkan sahaja cover letter dan hantar bersama resume anda.
Namun pastinya ada yang bertanya berapa muka surat yang sesuai untuk cover letter tersebut. Jika terlalu pendek, seolah-olah melepaskan batuk ditangga sahaja, Jika terlalu panjang, risau pulak bakal majikan tidak ada masa untuk membacanya pula dan mungkin tidak akan dipanggil untuk temuduga.
Juga lihat tips penggunaan keywords dalam resume, cv dan cover letter disini.
Berapa Mukasurat Yang Sesuai?
Adakah cover letter perlu ditulis dengan ringkas atau penuh muka surat? Cover letter seharusnya tidak boleh lebih daripada 1 muka surat sahaja. Tetapi jika anda menghantar melalui emel, pastikan ianya lebih ringkas dan padat dengan maklumat yang penting.
Tetapi jika mengikut fakta, cover letter yang ringkas dan padat adalah lebih baik.
Jika mengikut kajian, majikan sukakan cover letter :
- Penuh 1 muka surat : 12.6%
- Setengah muka surat : 43.7%
- Tidak perlu cover letter : -5%
- Lebih pendek lebih baik : -1%
Jadi, cover letter anda perlu menonjolkan kelayakan anda yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon dan berikan tawaran yang terbaik kepada bakal majikan anda.
Gunakan Word Count
Untuk memudahkan anda, gunakan word count supaya cover letter anda tidak terlalu panjang dan padat dengan maklumat yang penting dan berkaitan dengan jawatan yang dipohon sahaja. Gunakan saiz font yang sesuai seperti saiz font 12.
Cover letter yang sesuai dan padat hanya memerlukan lebih kurang 250 hingga 300 patah perkataan sahaja.
Pastikan cover letter anda disemak bacaannya oleh orang lain dan pastikan ianya boleh dibaca dan difahami sebelum anda menghantarnya kepada majikan anda.
Cover Letter Melalui Emel
Jika anda menghantar cover letter melalui emel pula, pastikan ianya ringkas dan padat dengan maklumat penting dan berkaitan dengan jawatan yang anda pohon.
Pastikan ianya mengandungi :
- Pengenalan
- Penerangan kelayakan anda untuk menjawat jawatan tersebut
- Penutup