Anda bakal menghadiri temuduga jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau Guru? Tahniah kerana berjaya sehingga ke peringkat temuduga. Ini bermakna tinggal selangkah lagi untuk anda bergelar seorang Guru.
Bergelar seorang Guru antara kerjaya yang menjadi idaman orang ramai. Calon yang betul-betul berminat nak jadi seorang guru, pastikan anda tetapkan matlamat untuk LULUS temuduga nanti.
PENAMPILAN SEORANG GURU
Untuk temuduga jawatan guru, anda mestilah menampakkan diri anda ada ciri-ciri seorang guru. Salah satu usaha yang anda boleh buat adalah berpenampilan mengikut etika seorang guru yang betul.
Menurut perkongsian daripada calon-calon yang pernah mengikuti temuduga jawatan guru, mereka sarankan calon yang bakal hadir temuduga memakai blazer dan nametag.
PERLU KE PAKAI BLAZER DAN NAMETAG?
Perlu ke pakai blazer dan nametag untuk temuduga jawatan guru?
- Calon Lelaki
– Disarankan pakai blazer, tali leher dan nametag - Calon wanita
– Calon wanita perlu berbaju kurung semasa temuduga
– Baju kurung tidak sesuai dipakai bersama blazer. Balzer tidak disarankan untuk calon wanita
– Calon dinasihatkan untuk pakai nametag dengan pakaian yang kemas
Walaupun temuduga dilaksanakan secara online, calon dinasihatkan untuk berpakaian lengkap dari atas sampai kaki.
TIPS PEMILIHAN BLAZER YANG SESUAI
Untuk pemilihan blazer, pastikan menepati kriteria berikut:
- Berwarna gelap (hitam atau blueblack) atau tidak terlalu terang
- Blazer tidak terlalu ketat dan tidak terlalu besar sehingga menampakkan diri anda tidak kemas
- Pastikan potongan blazer sesuai dengan potongan badan
- Jangan letakkan aksesori lain di blazer seperti sapu tangan, bunga, pen atau kertas pada poket blazer
- Hanya letakkan name tag sahaja di blazer
- Pastikan blazer anda tidak terlalu lusuh dan dalam keadaan yang bersih
Baca juga: Tips & Contoh Pakaian Yang Sesuai Untuk Temuduga Calon Guru (Lelaki & Perempuan)
PEMILIHAN NAME TAG YANG SESUAI
Pihak penemuduga mungkin tidak sebutkan calon WAJIB memakai name tag semasa temuduga. Namun, pemakaian name tag adalah salah satu etika yang ada pada diri seorang guru.
Menurut perkongsian seorang calon yang pernah menghadiri temuduga guru, dia menyatakan bahawa dia dipuji oleh panel penemuduga apabila memakai name tag.
Jadi, tidak menjadi kesalahan untuk anda memakai name tag semasa temuduga nanti. Berikut adalah tips pemilihan name tag untuk calon guru yang sesuai:
- Dibuat daripada plastik
- Huruf (teks) berwarna putih dan berlatarbelakang hitam
- Saiz berukuran 7.5cm x 2.5cm
- Hanya satu nama sahaja digunakan. Jika nama anda ABDUL RAHMAN, ambil RAHMAN sahaja
- Jangan letakkan sebarang gelajaran darjah kebesaran, keturunan, profesion, akademik atau initial
- Jangan letakkan nama jawatan
- Jangan letakkan sebarang logo
Berikut adalah contoh name tag yang sesuai:
Jika anda pergi ke kedai yang membuat name tag, anda hanya perlu maklumkan kepada mereka bahawa anda ingin buat name tag untuk guru, pasti mereka sudah tahu kriteria name tag tersebut.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Himpunan Soalan Popular Temuduga Guru SPP Tahun 2018 Hingga 2021 Untuk Rujukan Calon