Soalan yang paling ditunggu ketika di akhir temuduga anda adalah, “Adakah anda mempunyai sebarang pertanyaan untuk saya?”.
Bagaimanakah anda ingin menjawab soalan tersebut dan apa pula soalan yang akan anda tanya pada penemuduga?
Namun begitu, dalam menjawab soalan penemuduga ada juga Soalan Yang Tidak Perlu Anda Jawab Semasa Temuduga.
Lihat contoh dibawah untuk anda ajukan soalan kepada penemuduga dengan soalan yang baik dan kelihatan sesuai dengan situasi.
Mengapa Penting Untuk Bertanya
Peluang untuk belajar lebih banyak
Ini juga masa yang tepat untuk anda belajar lebih banyak mengenai syarikat dan pekerjaan. Fokus untuk bertanya mengenai topik yang ingin anda bincangkan dengan lebih terperinci.
Bukankah ini antara persediaan yang anda perlu lakukan sebelum, semasa dan selepas temuduga?
Menunjukkan minat anda
Mengemukakan soalan yang bernas dalam temuduga menunjukkan minat anda terhadap pekerjaan tersebut. Ini juga menunjukkan kepada majikan bahawa anda telah memikirkan dengan serius untuk bekerja di syarikat ini. Dengan soalan yang betul, anda dapat menggambarkan pengetahuan anda tentang syarikat dan industri.
Memberi ingatan dan kesan yang baik
Mendapatkan panggilan temuduga sudah menunjukkan anda mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat jawatan tersebut. Dengan soalan yang bernas, anda boleh terus menonjol berbanding pesaing lain dan menunjukkan bahawa anda sangat sesuai untuk jawatan tersebut.
Proses Penyediaannya
Berapa banyak soalan yang harus anda sediakan?
Siapkan lebih kurang 10 soalan. Tulis di dalam buku nota atau portfolio yang anda bawa ketika temuduga. Pilih soalan yang dapat membantu anda mengetahui lebih lanjut mengenai pekerjaan tersebut.
Dapatkan maklumat syarikat
Dapatkan maklumat syarikat adalah cara mudah untuk memahami sejarah, misi dan nilai syarikat. Dapatkan semua maklumat melalui laman web syarikat. Anda juga boleh mencari di internet untuk artikel berita terkini. Gunakan maklumat yang anda dapati untuk membantu pembentukan soalan anda. Inisiatif ini membuktikan anda berusaha dan meluangkan masa belajar mengenai syarikat.
Berlatih
Jadikan temuduga tersebut sebagai perbualan antara anda dan pihak majikan. Dengan membuat latihan mengenai soalan yang akan disoal membuatkan anda lebih yakin ketika hari sebenar temuduga.
Jenis Soalan Yang Perlu Ditanya
Berkaitan pekerjaan
Ini adalah masa yang tepat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai tanggungjawab, harapan dan matlamat.
Soalannya ialah :
- Bagaimana situasi bagi seseorang yang menjawat jawatan ini?
- Apakah matlamat jangka pendek dan jangka panjang anda untuk pengambilan pekerja baru dengan jawatan ini?
- Bagaimanakah jawatan ini berkembang atau disesuaikan untuk memenuhi keperluan organisasi?
Mengenai syarikat
Tanya soalan mengenai syarikat. Ini menunjukkan bahawa anda telah melakukan penyelidikan dan memberi gambaran yang lebih baik mengenai pandangan, nilai dan budaya syarikat.
Selain itu, ini menunjukkan bahawa anda berminat untuk bersama dengan syarikat dalam tempoh yang panjang.
Soalannya adalah :
- Mengapa anda seronok bekerja di sini?
- Bagaimana anda menggambarkan budaya syarikat?
- Apakah jenis perkembangan yang diharapkan oleh syarikat dalam lima tahun yang akan datang?
- Bolehkah anda menerangkan beberapa cabaran dan pencapaian syarikat baru-baru ini?
Mengenai kelayakan anda
Pastikan majikan tidak mempunyai soalan yang mengenai kelayakan anda. Sekiranya tiada, ini adalah masa yang tepat untuk anda menyatakan bahawa kelebihan anda sangat sesuai dengan jawatan tersebut.
Ini soalannya :
- Apakah kualiti yang anda cari dalam diri calon?
- Adakah anda mempunyai kebimbangan mengenai pengalaman atau kemahiran saya?
- Adakah kelebihan dan kemahiran saya sesuai dengan jawatan ini?
Langkah seterusnya
Simpan soalan terakhir anda untuk bertanya mengenai langkah seterusnya dalam proses pengambilan pekerja. Ini menunjukkan anda sangat berminat dengan jawatan tersebut.
Soalan yang boleh ditanya adalah :
- Saya sangat seronok untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peluang pekerjaan ini. Apakah langkah seterusnya dalam proses pengambilan pekerja?
- Terima kasih kerana menerangkan mengenai jawatan ini dengan lebih mendalam. Bilakah saya akan mendapat maklum balas daripada anda mengenai keputusan temuduga ini?
Topik Yang Harus Dielakkan
Sekiranya anda masih dalam peringkat awal temuduga, elakkan bertanya mengenai gaji, faedah sebagai seorang pekerja, tempoh bekerja dan cuti tahunan atau bonus syarikat.
Soalan mengenai topik-topik ini harus disimpan sehinggalah anda ditawarkan pekerjaan secara rasmi. Sekiranya anda ingin bertanya mengenai perkara ini lebih awal, anda boleh menghantar mesej bahawa anda lebih berminat bagaimana syarikat itu dapat memberi manfaat kepada anda. Bukan bagaimana anda boleh menyumbang kepada syarikat tersebut.
Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk mendapat pelbagai soalan untuk ditanya ketika proses akhir temuduga.
Semoga anda mendapat keyakinan yang kukuh sepanjang temuduga dijalankan dan semoga berjaya.
Ikhlas, Portal Jawatan Kosong Kerajaan.