Bunyinya macam mudah. Tetapi kalau salah susunan, sia-sia juga jadinya. Kadangkala, majikan mencari sijil yang penting untuk dijadikan point yang kukuh untuk mereka mengambil anda sebagai pekerja. Selain daripada itu, susunan sijil yang betul dan menarik juga menunjukkan anda adalah seorang yang kemas dan teliti serta sesuai untuk memegang jawatan yang ditawarkan.
Kalau anda rasa mahu menjadi calon pilihan majikan, jom ikuti tips yang dikongsikan ini.
Sebelum Hadir Temuduga
Sebelum anda hadir temuduga, pastikan anda telah membuat beberapa persiapan dari segi latihan temuduga bersama rakan, mendapatkan maklumat yang terperinci mengenai syarikat dan jawatan, menyediakan pakaian yang bersesuaian untuk temuduga, membuat salinan resume, salinan sijil serta menyediakan fail sijil original dengan susunan yang betul
Baca ini juga : 10 Dokumen Yang Perlu Dan Tidak Perlu Dibawa Ketika Temuduga.
Salinan Resume
Pastikan anda menyediakan 5 salinan resume dalam bentuk berwarna. Mengapa 5 salinan? Ini kerana kita semua tidak mengetahui jumlah sebenar ahli panel yang ada di dalam bilik temuduga. Elok kiranya mereka mendapat seorang satu resume anda untuk dibaca.
Salinan Sijil
Juga digalakkan untuk dibuat dalam bentuk berwarna dan tidak perlu untuk anda buat dalam bilangan yang banyak untuk dibawa semasa temuduga tersebut. Pastikan salinan tersebut clear untuk dibaca.
Susunan Sijil Original
Anda tidak perlu memasukkan kesemua salinan sijil ke dalam fail anda. Tetapi sebelum itu, sekiranya fail anda sudah uzur, eloklah kiranya anda menyediakan fail baharu untuk memasukkan sijil-sijil anda.
Susunan sijil yang dicadangkan adalah seperti berikut :
Maklumat diri
Kad pengenalan dan sijil kelahiran
Sijil SPM (bukan slip SPM)
Penilaian Menengah Rendah (kalau nak letak boleh)
Sijil berhenti sekolah (wajib)
Skrol pengajian (Diploma dan Degree)
Transkrip
Pengiktirafan Kelayakan
Sijil anugerah
Sijil penyertaan
Atau
Kad pengenalan
Sijil kelahiran
Sijil PMR
Sijil SPM & Ujian bahasa
Sijil STPM / STAM
Sijil berhenti sekolah
Sijil Diploma
Transkrip Diploma
Ijazah Sarjana Muda
Transkrip Ijazah
Surat Pengiktirafan Kelayakan MQA
Sijil yang berkaitan dan jika perlu
Nota : Ketepikan sijil yang tidak relevan dan tidak perlu dimasukkan ke dalam fail.
Malahan anda boleh sahaja meletakkan tanda atau partition di setiap muka surat fail anda supaya senang dicari dan dibuka oleh penemuduga.
Contoh Susunan Sijil
Berikut adalah contoh susunan sijil yang boleh anda jadikan panduan sebelum hadir temuduga.Â
Apa sahaja cara susunan sijil anda di dalam fail, pastikan anda susun mengikut keperluan pekerjaan anda. Tidak perlu anda memasukkan sijil UPSR atau sijil pertandingan melukis ketika anda tadika suatu masa lalu. Ia tidak begitu relevan untuk anda masukkan ke dalam fail ketika temuduga
Semoga berjaya.
PANDUAN TEMUDUGA JAWATAN KERAJAAN
Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.
Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.