“Kenapa Berhenti Kerja Lama??”
Sedap bersembang santai dengan bakal majikan baru tiba-tiba soalan ni diajukan terus. Selalu je dengar soalan popular macam ni tapi bila ditanya depan-depan boleh buat korang diam seribu bahasa.
Banyak sebab yang boleh korang cakap kenapa tapi percayalah 90 peratus mesti keburukan dan segala perkara negatif.
Jika masih ada yang keliru jawapan apa yang paling sesuai diberi ya. Pastikan korang tak tertinggal tiga jawapan bernas ni, confirm bakal majikan suka!
1. Mahu timba pengalaman baru
Sebab utama mestilah nak tambah pengalaman kerana kita sendiri takkan belajar kalau duduk di satu tempat je kan? Sudah semestinya korang akan belajar benda baru di syarikat lain, walaupun skop kerja tak jauh beza pun. Persekitaran, pengurusan syarikat, budaya dan lain-lain akan berbeza dari tempat kerja lama.
2. Ekspresskan minat terhadap syarikat untuk kembangkan pengalaman
Segala titik hitam yang korang alami di syarikat lama, tinggalkan. Lagi elok korang start fresh bermula dari sesi temuduga bakal kerjaya baru korang. Tekankan minat korang terhadap syarikat yang baru ni. Bina kepercayaan dan yakinkan bakal majikan yang korang betul-betul minat untuk kerja bersama.
3. Tak dedahkan unsur negatif syarikat lama
Issh hipokritnya bagi jawapan klise kepada bakal majikan korang, tiada unsur negatif pun di tempat kerja lama. Berterus terang kan lebih bagus? Cuba korang kutuk habis-habisan tentang tempat kerja lama pada bakal majikan, ianya memberi tanggapan yang kurang elok pada mereka sebenarnya. Soalan-soalan seperti ni sebenarnya nak uji kredibiliti dan tahap profesionalism pada diri.
Di atas merupakan antara jawapan terbaik yang anda boleh berikan kepada majikan baru sekiranya soalan Kenapa Berhenti Kerja Lama? di tanya dalam sesi temuduga anda. Semoga perkongsian ini membantu anda.