Temuduga Penolong Jurutera Gred JA29 (Awam)
Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya untuk temuduga bagi jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 (Awam). Sebelum hadir temuduga, elok kiranya anda membuat persediaan dengan sebaiknya dan dapatkan tips serta contoh soalan temuduga untuk tingkatkan keyakinan di hadapan penemuduga nanti.
Ingin Lulus Temuduga?
Adakah anda ingin lulus temuduga anda? Jika ya, anda jangan lakukan 10 kesalahan besar ini ketika temuduga seperti :
- Tidak bersedia
- Tiada resume dan tidak membawa dokumen penting yang diperlukan
- Aksesori berlebihan
- Paksa penemuduga meluluskan anda
- Tidak silent telefon
- Kurang eye contact & bahasa badan
- Cerita hal peribadi
- Cerita keburukan bekas majikan
- Terlalu gugup
- Tidak menjawab soalan yang diajukan
Ingin dapatkan soalan bocor yang selalu ditanya ketika temuduga SPA? Klik sini untuk dapatkan soalan tersebut dan buat latihan dan sediakan jawapan yang boleh menarik penemuduga anda.
Info Ringkas Jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 (Awam)
Jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 (Awam) akan diletakkan di dalam kumpulan Pelaksana ( Skim Perkhidmatan Bersepadu) dan akan diletakkan di pelbagai Kementerian dan Jabatan.
Jadual Gaji
- Gaji Minimum : RM1,549.00
- Gaji Maksimum : RM5,701.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00
Deskripsi Tugas
Contoh Soalan Temuduga Jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 (Awam)
Diingatkan kepada para calon bahawa soalan yang dikongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman calon terdahulu yang telah melalui temuduga ini. Antara contoh soalan-soalan temuduga ini ialah :
- Secara ringkas, sila perkenalkan diri anda.
- Apakah kelayakan akademik anda yang terakhir?
- Mengapakah anda memohon jawatan ini?
- Terangkan tugas sebagai seorang Penolong Jurutera Gred JA29 (Awam).
- Sanggupkah anda sekiranya anda dihantar bekerja jauh dari keluarga?
- Bagaimanakah untuk ketahui kebocoran air apabila membuat loji dalam tanah?
- Sekiranya anda menjadi ketua dalam sesebuah organisasi, apa yang akan anda terapkan dalam organisasi tersebut?
- Apakah isu semasa terkini yang berlaku di Malaysia?
- Terangkan serba sedikit senario politik negara.
- Apakah misi dan visi Kementerian / Jabatan ini?
- Siapakah Perdana Menteri dan Timbalannya?
- Apakah itu NBOS? Terangkan kepada saya?
- Berapa jarak yang diluluskan untuk membuat bangunan dari jalan utama?
- Apakah yang anda faham mengenai “maintenance”?
- Ceritakan tentang pengalaman kerja anda dan kaitannya dengan jawatan ini.
- Adakah anda mempunyai sebarang soalan?