Portal Jawatan Kosong Terkini

Contoh Template Resume Biasiswa

Untuk menulis apa sahaja jenis resume, anda perlulah tahu struktur dan juga bentuk resume tersebut. Adalah lebih baik jika anda melihat sendiri contoh resume tersebut terlebih dahulu sebelum anda mula menulis.

Namun, kami faham masalah yang sering dihadapi adalah kebanyakan contoh-contoh resume yang anda dapati di Google adalah dalam Bahasa Inggeris dan kurang sesuai dengan situasi di negara kita.

Jangan bimbang! Kami akan sediakan Contoh Template Resume Biasiswa dalam artikel ini yang boleh anda jadikan panduan sebelum anda mula menulis resume tersebut.

APAKAH ITU RESUME BIASISWA?

Resume biasiswa mempunyai fungsi yang sama seperti resume yang lain iaitu untuk majikan tahu tentang maklumat diri anda tetapi dalam bentuk yang sangat ringkas.

Cuma bezanya resume biasiswa dengan resume yang anda perlu bawa semasa memohon kerja adalah resume biasiswa digunakan untuk memuatkan maklumat diri yang bersesuaian dengan tujuan memohon biasiswa.

Sebagai contoh, butiran-butiran yang pelru ada dalam resume biasiswa ini adalah seperti jumlah gred terkumpul (GPA) yang anda miliki sepanjang pengajian dan setiap semester, pengalaman anda dalam bidang yang dipohon itu dan macam-macam lagi.

Adalah perlu untuk diingat berulang kali bahawa resume perlulah ringkas seringkas yang mungkin. Jadi, anda perlulah berhati-hati dan tidak membuat kesilapan yang sering dilakukan ini. Ingat! Anda bukannya menulis karangan.

BILAKAH RESUME BIASISWA DIPERLUKAN?

Apabila anda dipanggil temuduga untuk menerima tawaran biasiswa, anda akan diarahkan untuk membawa sijil-sijil asli yang anda miliki serta salinan sijil tersebut yang telah disahkan. Hampir kesemua calon temuduga biasiswa tidak terlupa untuk membawa sijil-sijil ini.

Namun, malangnya ramai yang tidak membawa resume kerana beranggapan temuduga untuk biasiswa tidak memerlukan resume seperti temuduga kerja. Ingat! Anda wajib membawa resume biasiswa ini supaya penemuduga tahu maklumat tentang diri anda.

Bukan ketika menghadiri temuduga sahaja, anda juga perlulah menyerahkan resume biasiswa kepada syarikat atau yayasan bersama dengan surat memohon biasiswa semasa anda membuat permohonan biasiswa.

Hal ini untuk memastikan pihak yayasan ataupun syarikat yang anda pohon itu dapat meneliti maklumat diri anda bagi memastikan anda benar-benar layak untuk diberi biasiswa.

CONTOH TEMPLATE RESUME BIASISWA

Kami sediakan 3 contoh template resume biasiswa untuk anda teliti dan sebagai panduan buat anda dalam artikel ini. Anda bolehlah memilih salah satu daripada tiga struktur resume ini. Berikut merupakan contoh resume-resume tersebut.

1.) Contoh Template Resume Biasiswa 1

Berikut merupakan contoh template resume biaisiswa yang pertama.

2.) Contoh Template Resume Biasiswa 2

Berikut merupakan contoh template resume biasiswa yang kedua.

3.) Contoh Template Resume Biasiswa 3

Berikut merupakan contoh template resume biasiswa yang ketiga.

Semoga perkongsian contoh-contoh resume biasiswa ini dapat memberi manfaat kepada anda. Pastikan anda meneliti contoh-contoh template biasiswa ini terlebih dahulu sebelum anda mula menulis bagi mengelakkan sebarang kesilapan semasa menulis resume biasiswa nanti. Selamat berjaya!