Memahami masalah rakyat yang mengalami kesusahan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerkana (PKP), Kerajaan telah mengambil langkah menyediakan bantuan buat semua golongan di bawah pakej PEMULIH.
Pelbagai bantuan telah diumumkan dan antara yang mendapat perhatian ramai adalah pengeluaran RM5,000 di bawah iCitra KWSP, Bantuan Khas Covid-19 dan Bantuan Kehilangan Pekerjaan.
Selain itu, kerajaan juga akan membantu golongan yang sedang mencari kerja dengan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum PERKESO.
Berikut merupakan petikan dari teks ucapan Perdana Menteri,
Seterusnya, Kerajaan juga akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal. Mereka bolehlah mendaftar di bawah platform MYFutureJobs dan bakal menerima elaun sekurang-kurangnya 300 ringgit.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut golongan yang layak dan cara daftar untuk mendapatkan Elaun Mencari Pekerjaan.
GOLONGAN YANG LAYAK
Elaun Mencari Pekerjaan diperluas kepada bukan pencarum PERKESO terutamanya:
- Graduan baharu
- Lepasan sekolah
- Pekerja Sektor Tidak Formal
KADAR ELAUN MENCARI PEKERJAAN
Elaun Mencari Pekerjaan akan diberikan kepada mereka yang berdaftar di bawah platform MYFutureJobs sebanyak:
CARA MOHON ELAUN MENCARI PEKERJAAN
Pencari kerja yang ingin dapatkan Elaun Mencari Pekerjaan perluluah daftar di bawah platform MyFutureJobs untuk menerima inisiatif ini. Berikut adalah panduan membuat pendaftaran MyFutureJobs:
- Layari portal MYFutureJobs
- Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
- Dalam paparan seterusnya, klik ‘Register’
- Masukkan emel dan kata laluan (reka sendiri) dan klik ‘Register’
- Tiba di skrin seterusnya, terima terma dan syarat untuk masuk ke portal. Anda akan dibawa ke halaman Profil secara automatik.
- Lengkapkan Profil anda dengan maklumat terkini anda selengkap mungkin.
LOG MASUK KE PORTAL MYFUTUREJOBS
Setelah mendaftar, ikut langkah berikut untuk log masuk ke portal:
- Layari portal MYFutureJobs
- Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
- Log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Anda akan dibawa ke halaman ‘Match Jobs’ atau padanan kerja di mana anda boleh mencari kerja yang sesuai dengan profil anda berdasarkan bidang kerjaya dan kawasan yang dicari
Sekarang anda boleh mula mencari kerja yang sesuai dengan kelayakan anda di MyFutrureJobs.
INISIATIF PLACE & TRAIN JANAPRENEUR
Selain daripada Elaun Mencari Pekerjaan, kerajaan akan memperuntukkan 125 juta ringgit melalui HRD Corp untuk melaksanakan inisiatif Place and Train di bawah program Janapreneur terutamanya kepada belia lepasan sekolah dan graduan.
Inisiatif ini dijangka membuka peluang kepada 30 ribu orang untuk mengikuti program latihan kemahiran dengan jaminan pekerjaan setelah tamat latihan. Pihak MDEC pula akan menambah baik program sedia ada iaitu eRezeki dan GLOW bagi membantu lebih 20 ribu pencari pekerja dalam ekonomi gig
Maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini akan menyusul.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan khas Mencari Pekerjaan RM300 melalui pekej PEMULIH ini anda boleh baca teks ucapan penuh YAB Perdana Menteri di: https://www.pmo.gov.my/2021/06/teks-ucapan-pengumuman-khas-pakej-perlindungan-rakyat-dan-pemulihan-ekonomi-pemulih/