Perhatian buat graduan tahun 2020 dan 2019 yang masih belum bekerja! Tawaran khas buat graduan untuk menyertai Program Entrepreneur MOHE@PUNB ” Empowering Business Through Digitalisation” di bawah PENJANA KPT-CAP.
Inilah masanya untuk graduan menceburi bidang perniagaan kerana program ini akan melengkapkan graduan dengan ilmu perniagaan dalam talian secara asas & teknikal sebelum melangkah ke dunia perniagaan yang sebenar.
Peserta akan didedahkan dengan ilmu perniagaan secara atas talian bagi menghadapi situasi perniagaan masa kini. Baca selanjutnya di bawah untuk maklumat penyertaan.
PELAKSANAAN PROGRAM
Pelaksanaan program adalah seperti berikut:
- Tempoh program adalah selama 3 bulan dengan penglibatan 500 graduan bumiputera
- Pelaksanaan program ini adalah secara berfasa dengan penglibatan seramai 100 orang peserta bagi setiap fasa
OBJEKTIF PROGRAM
Antara objektif program dijalankan adalah:
- Memperkenalkan keusahawanan sebagai salah satu cabang kebolehpasaran graduan
- Melengkapkan graduan dengan ilmu perniagaan dalam talian secara asas & teknikal sebelum melangkah kedunia perniagaan yang sebenar
- Membangunkan graduan dengan ilmu keusahawanan yang komprehensif
SYARAT PENYERTAAN
Hanya graduan yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Graduan bumiputera di Universiti Awam, Politeknik & Kolej Komuniti
- Graduan peringkat pengajian Sarjana Muda Diploma/ Sijil (Graduan peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja)
- Graduan tahun 2020 & 2019 yang masih belum bekerja
- Belum ditawarkan sebarang program dibawah PENJANA
- Berumur 30 tahun dan ke bawah
- Bersedia untuk mengikuti program yang ditetapkan secara sepenuh masa
- Berminat untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan
KELEBIHAN PROGRAM
Peserta akan menikmati kelebihan berikut:
- Elaun sara hidup RM1,200 (3 bulan)
- Pendedahan dalam ilmu perniagaan secara atas talian bagi menghadapi situasi perniagaan masa kini
- Pembelajaran keusahawanan yang komprehensif
- Pemantauan selama 3 bulan
- Sesi Biz – Konsultansi dari PUNB
- Peluang mendapatkan pembiayaan perniagaan PUNB bagi yang layak
- Berpeluang menyertai program JUMPER PUNB
PROSES PERMOHONAN
Graduan yang berminat dengan program yang ditawarkan boleh buat pendaftaran selewat-lewatnya 7 Disember 2020 dengan langkah berikut:
- Pendaftaran melalui laman pendaftaran Entrepreneur MOHE@PUNB
- Sesi saringan dan temuduga bakal peserta oleh pihak PUNB
- Surat tawaran dikeluarkan kepada peserta yang berjaya
- Sesi latihan keusahawanan yang praktikal
- Pemantauan & Biz Konsultansi
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan program, anda boleh hubungi salah satu urus setia program berikut:
- KPT: 03 8870 5088/ 5445
- JPT: 03 8870 6473/ 6464
- JPPKK: 03 8888 226/ 3406
- Emel: [email protected]