Lantikan Kerja Jawatan Kontrak VS Jawatan Tetap
Sejak akhir-akhir ini anda boleh lihat trend lantikan kerja terkini di Malaysia adalah sangat berbeza dimana majikan lebih gemar untuk melantik pekerja secara kontrak berbanding secara lantikan tetap. Jika dahulu kita dapat melihat hanya syarikat swasta yang sahaja mengamalkan perlantikan pekerja secara kontrak berbanding pekerjaan di sektor awam.
Ada beberapa faktor utama yang menyebabkan kebanyakan majikan masa kini melantik pekerja secara kontrak seperti :
4 Faktor Utama Perlantikan Jawatan Secara Kontrak
1. Menjimatkan Kos
Seperti yang anda semua sedia maklum, keadaan ekonomi sekarang agak kurang memberangsangkan dan ianya meninggalkan kesan kepada syarikat dan industri-industri yang berkaitan. Banyak pekerja yang berkebolehan dan berkemahiran tinggi akan meninggalkan syarikat setelah 1 hingga 2 tahun bekerja merugikan sekaligus syarikat untuk menghantar pekerja yang lain untuk mengikuti kursus atau latihan yang sama.
Justeru itu, majikan bertindak melantik pekerja dengan kontrak dan memberikan peluang kepada mereka yang benar-benar layak sahaja untuk menjawat jawatan yang ditawarkan.
2. Persaingan Yang Sihat
Kebanyakan pekerja yang bekerja dengan kontrak lebih bersungguh-sungguh dan sentiasa berkomitmen saat menjalankan tugasan yang diberikan ketika bekerja. Pekerja yang dilantik secara kontrak juga sentiasa menjadi seorang pekerja yang baik dan meningkatkan prestasi yang tinggi kerana yang terikat kontrak dan khuatir sekiranya ditamatkan jika tidak menepati kehendak majikan.
3. Perancangan Perkembangan Kerjaya
Secara tidak langsung, syarikat mempunyai perancangan baik mengenai tenaga kerja di syarikat mereka. Majikan juga dapat melihat pekerja yang tepat dalam tugas masing-masing dalam 6 bulan ke atas. Ia juga memberikan kelebihan kepada syarikat serta pekerja itu sendiri.
Pekerja yang benar-benar berkomitmen dan berprestasi pastinya akan membuat kontrak berbanding pekerja yang lain. Namun, jika anda merasakan tiada peningkatan kerja di syarikat tersebut, anda boleh sahaja memohon pekerjaan di syarikat lain. Tetapi melebihi tempoh 1 hingga 2 tahun. Dapatkan pengalaman dan tingkatkan kemahiran dahulu agar anda dapat mengembangkan kerjaya anda ditempat yang lain.
4. Konsep Pandu Uji
Sesetengah syarikat mengamalkan Konsep Pandu Uji dimana mereka akan menilai pekerja terlebih dahulu dengan melantik pekerja secara kontrak terlebih dahulu. Melalui konsep ini, majikan dan pekerja sama-sama mendapat manfaat yang baik dan tidak merugikan kedua-dua belah pihak.
Jadi, fikir secara positif dan jangan kecewa sekiranya anda dilantik secara kontrak terlebih dahulu. Tingkatkan kemahiran anda dan kutip pengalaman sebanyak mungkin dan jadilah seorang pekerja yang dicari oleh majikan.