Iklan Jawatan GIATMARA
IKLAN JAWATAN KOSONG
Dimaklumkan bahawa Pengurusan GIATMARA Negeri Johor sedang mencari calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Tenaga Pengajar bagi kursus Teknologi Bangunan, Teknologi Elektronik, Teknologi Sistem Komputer, Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara, Teknologi Animasi dan juga Pendawai Elektrik di negeri ini.
Syarat-syarat permohonan adalah :-
Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun ke atas
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 atau 4 di dalam bidang berkaitan
Mempunyai Sijil Induksi PP-PPD-PPB
Mempunyai Sijil Vocational Training Operation (VTO)
Pengalaman kerja dalam bidang berkaitan adalah diutamakan
Calon dari Negeri Johor akan diberi keutamaan.
Mohon kerjasama daripada pihak Tuan/Puan untuk membuat hebahan berhubung perkara ini.
Calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria minimum perlu menyediakan surat permohonan bersama Resume/CV terkini beserta sijil-sijil berkaitan untuk disenarai pendek oleh GIATMARA Negeri Johor.
Permohonan yang lengkap hendaklah diemelkan segera kepada [email protected] atau alamat berikut : Pengarah GIATMARA Negeri Johor, Tingkat 4 Bangunan MARA, Jalan Segget, 80000 Johor Bahru, Johor pada atau sebelum 25 Oktober 2023.(pada pukul 5 petang) Rabu
sumber;