Iklan Jawatan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) TAHUN 2024 DI PEJABAT PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA WILAYAH PERSEKUTUAN
Jabatan Pembangunan Wanita ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan Personel MySTEP seperti berikut:
Penempatan:
Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan, Putrajaya.
Jawatan:
Personel MySTEP Setara Gred 19 (1 Kekosongan).
Syarat Kelayakan:
a) Warganegara Malaysia.
b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun.
c) Kelayakan SPM yang diiktiraf dan yang setaraf dengannya.
d) Menguasai perisian Microsoft (Word, Excel & Powerpoint), Canva, Capcut dan lain-lain perisian komputer yang berkaitan.
e) Boleh berkomunikasi dengan baik, positif, proaktif dan boleh bekerja dalam pasukan.
Permohonan secara rasmi boleh dikemukakan melalui [email protected] sebelum atau pada 11 Januari 2024.
Dokumen yang diperlukan:
1. Surat permohonan
2. Resume lengkap
3. Salinan kad pengenalan
4. Salinan sijil akademik
5. Salinan sijil yang berkaitan
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas seminggu daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Suliza Binti Mohd Sauki di talian 03-83231547 atau Cik Nurul Nadia Binti Alias di talian 03-83231542 / 014-7102416.