Iklan Jawatan Jabatan Perangkaan Malaysia

IKLAN JAWATAN KOSONG

PENGAMBILAN PERSONEL MYSTEP MALAYSIAN BUREAU OF LABOUR STATISTICS

Adakah anda memenuhi kriteria berikut?

• Warganegara Malaysia; dan
• Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Statistik/ Sains Data/ Ekonomi/ Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan dari institusi pengajian tinggi awam/ swasta atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Malaysian Bureau of Labour Statistics (MBLS), Jabatan Perangkaan Malaysia, W.P. Putrajaya sedang mencari anak muda berkemahiran, kreatif dan bermotivasi tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP Gred 41.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai warga kerja MBLS dan bersama-sama memperkukuh statistik pasaran buruh, rebutlah peluang dan sertai kami.

Tarikh tutup permohonan: 08 Disember 2023 (Jumaat)