Portal Jawatan Kosong Terkini

Iklan Jawatan Kumpulan Media Karangkraf

Pengumuman | Marketing Executive diperlukan!

Grup Buku Karangkraf memerlukan seorang yang kreatif untuk mengisi jawatan di atas.

Skop Kerja:

1. Membuat kajian pasaran.
2. Merancang, menyusun dan membangunkan strategi pemasaran.
3. Mengatur dan melaksanakan kempen pemasaran.
4. Mengendalikan acara pemasaran.

Status: Pekerja sepenuh masa
Lokasi: Shah Alam, Selangor

Kriteria dicari:
1. Suka buku.
2. Berpengalaman belajar di universiti/kolej dalam apa-apa bidang.
3. Mempunyai kemahiran bekerja dalam pasukan.
4. Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi yang baik.
5. Mesra media sosial.
6. Mengikuti perkembangan industri buku tempatan dan antarabangsa adalah kelebihan.
7. Ada kenderaan sendiri adalah kelebihan.
8. Berbakat mengacara dan mesra kamera adalah kelebihan.
9. Minat menonton anime ataupun K-Drama adalah kelebihan.
10. Mempunyai kemahiran graphic design adalah kelebihan.
11. Umur 23 hingga 35 tahun. Jika terlebih tetapi berjiwa muda, boleh juga cuba.

Segera e-melkan CV kepada [email protected] sebelum 10 Mac 2023.

Terima kasih.

Nota: Bagi yang sudah hantar emel resume, mohon semak Spam box sekiranya tidak menerima emel balasan selepas 48 jam. Terima kasih