Portal Jawatan Kosong Terkini

IKLAN JAWATAN PEJABAT JURNAL KEJURUTERAAN, FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA UKM

PAUTAN PERMOHONAN

 

Iklan Jawatan Kosong di Pejabat Jurnal Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM Pejabat Dekan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi N19)
Kelayakan Akademik: SPM/Diploma/Ijazah
Kriteria calon: Berkemahiran dalam Teknologi Maklumat (ICT) – Laman Web, pengurusan kerja-kerja pejabat serta promosi
Taraf Jawatan: Kontrak
Tempoh Lantikan: 1 Tahun
Kadar Upah: RM 1,300.00 sebulan
Skop Kerja : Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan pembangunan dan mengemaskini kandungan / data di dalam laman web. Mempunyai pengalaman atau pengetahuan mengenai pengurusan kerja-kerja pejabat seperti pengurusan fail-fail, rekod dokumen, pemprosesan dokumen, menyemak permohonan makalah, menguruskan jadual dan urusan perjalanan, menguruskan minit mesyuarat, melakukan promosi berkala secara luar dan atas talian, mengemaskini maklumat dan statistik, menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan am dan lain-lain tugas-tugas yang diberikan oleh ketua jabatan atau atasan.