Iklan Jawatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Iklan Jawatan Kosong Di Bawah Peruntukan MySTEP Di Pusat Pembangunan Profesional Dan Kepimpinan, UKM
Profesional-UKM memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan dedikasi untuk berkhidmat di organisasi kami bagi jawatan-jawatan di bawah peruntukan MySTEP seperti berikut :
1. Jawatan : Pegawai Tadbir (N41)
Syarat Kelayakan :
a) Warganegara Malaysia; dan
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
d) Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ATAU
e) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
2. Jawatan : Pembantu Tadbir (P/O) (N19)
Syarat Kelayakan :
a) Warganegara Malaysia; dan
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
d) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Cara memohon :
a) Menghantar surat permohonan dengan mengemukakan Latar Diri lengkap dengan sijil/dokumen berkaitan yang telah disahkan melalui email kepada : Ketua Pentadbiran Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan UKM 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan di alamat email : [email protected]
b) Calon juga perlu mengisi maklumat diri dan lain-lain di dalam Google Form di pautan seperti berikut :- : https://forms.gle/GHKoFegDSEnfpD8c8
c) Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga secara dalaman di Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan, UKM.
d) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3 bulan) dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Dr Hazlina Mohd Miskam Ketua Pentadbiran Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan UKM. No telefon : 03-8921 5466 (email : [email protected])
Sila layari laman sesawang berikut untuk maklumat lanjut berkaitan kami http://www.ukm.my/profesional-ukm
Tarikh Buka Iklan : 15 Januari 2024 (Isnin)
Tarikh Tutup Iklan : 22 Januari 2024 (Isnin)
