Inilah Kerjaya Yang Terbaik Dan Sesuai Untuk Personaliti ISFJ
Untuk mendapatkan kerjaya yang terbaik dan sesuai dengan personaliti anda, pastikan anda mengenalpasti personaliti anda terlebih dahulu. Anda boleh mengenalpasti personaliti dengan melakukan soal selidik melalui Myers – Briggs Type Indicator (MBTI).
Jika personaliti anda adalah ISFJ, manfaatkan bakat semulajadi anda dan pastikan kerjaya tersebut sesuai dengan anda.
Apa Itu Personaliti ISFJ
Personaliti ISFJ adalah orang yang mempunyai ciri-ciri seperti Introversion, Sensing, Feeling dan Judging. Orang jenis ini adalah pekerja yang rajin dan sangat setia kepada tradisi dan organisasi. Mereka seorang yang praktikal, penyayang dan berusaha melindungi orang lain.
Mempunyai etika kerja yang kuat dan berkomitmen terhadap tugas mereka. ISFJ adalah pekerja yang teliti sehingga sesuatu tugasan itu selesai.
Mereka juga boleh menerima bimbingan orang lain, berkongsi maklumat dan berpandangan terbuka dan bersedia membantu pekerja baru untuk selesa dengan situasi baru ditempat kerja.
Kerjaya Terbaik untuk ISFJ
Bagi personaliti ISFJ, mereka boleh menyelesaikan tugas secara menyeluruh dan cekap. Kerjaya ISFJ biasanya berada di belakang tabir, selesaikan tanggungjawab dengan selesa dan bekerja dengan gangguan yang paling minimum.
Sekiranya anda seorang ISFJ, kerjaya yang sesuai dengan anda adalah :
Kesenian dan Kemanusiaan
Contoh kerjaya berkaitan dengan kesenian dan kemanusiaan ialah :
- Pustakawan arkib
- Kurator muzium
- Ahli sejarah
- Pereka bilik pameran
- Pembantu pengeluaran
Komersial Media dan Komunikasi
Melalui kemahiran komunikasi yang ada pada personaliti ISFJ, pekerjaan yang sesuai dengan anda ialah :
- Pentadbir IT
- Teknikal
- Jurugambar
- Penyunting filem
Perniagaan
Personaliti ISFJ mmepunyai peluang kerjaya yang luas dalam bidang perniagaan seperti :
- Pengurus pejabat
- Pengurus sumber manusia
- Pengurus akaun
- Pendidikan dan Penjagaan Kesihatan
Kerjaya Yang Harus Dielakkan
Bagi personaliti ISFJ, terdapat beberapa kerjaya yang tidak sesuai dengan anda dan perlu dielakkan. Ini kerana ia memberi satu cabaran yang mengganggu prestasi perjalanan kerjaya anda.
Contoh pekerjaan tersebut adalah :
- Jurujual runcit
- Pengurus jualan
- Pramugari
- Pemandu pelancong
Situasi Positif Dan Negatif
Setiap orang menghadapi situasi yang positif dan negatfi dalam kehidupan mereka. Begitu juga dengan personaliti ISFJ.
Contoh situasi tersebut ialah :
Situasi Positif
- Merancang aktiviti pasukan atau menyusun program latihan.
- Berkomunikasi mengenai proses baru kepada rakan sekerja dan pihak berkepentingan.
- Menyusun dan membersihkan ruang kerja untuk produktiviti maksimum.
Situasi buruk
- Diperlukan untuk melakukan pelbagai tugas.
- Rasa kecewa kerana terlepas perjumpaan atau acara lain yang dijadualkan.
- Teguran mengenai kesalahan dan kritikan.
Mengetahui jenis personaliti anda merupakan satu perkara yang berguna sebelum anda memohon pekerjaan. Majikan menghargai perkongsian anda terutamanya mengenai kelebihan dan kekurangan anda.
Adakah anda bakal hadir temuduga dalam bahasa Inggeris? Klik tips ini dan hafal jawapan yang dikongsikan.
Diharap perkongsian ini dapat membantu anda menilai dan mengenalpasti personaliti anda serta kerjaya yang sesuai. Semoga berjaya.