Dah mohon pelbagai jawatan daripada pelbagai syarikat tetapi masih tiada panggilan temuduga sehingga sekarang? Jangan diam, anda perlu bertindak sekarang dan lihat balik apa sebenarnya yang bermasalah menjadi punca anda tidak mendapat apa-apa tawaran.
Laman permohonan kerja di negara kita ini ada pelbagai, contohnya MyFutureJobs, LinkedIn, Jobstreet dan sebagainya. Sebagai pencari kerja anda hanya perlu bijak memohon dan lengkapkan profile sesuai dengan yang majikan cari.
Ketahui 5 kesalahan dalam memohon kerja melalui laman web kerjaya yang ramai calon tidak sedar dan menjadi punca gagal mendapat tawaran.
5 KESALAHAN MOHON KERJA
Berikut adalah antara kesalahan dalam memohon kerja melalui laman web kerjaya yang sering calon lakukan:
Profile Calon
Kesalahan utama yang calon terlepas pandang adalah profile tidak lengkap. Pastikan anda semak semula profile dan segala maklumat yang diperlukan tanpa tertinggal walaupun satu. Isi maklumat dengan lengkap termasuk maklumat pendidikan, kemahiran, pengalaman dan sebagainya.
Kebanyakan calon malas nak isi kerana agak leceh. Jangan begitu jika anda rasa anda perlukan kerja. Muat naik gambar profile dan resume juga adalah penting. Sudah selesai lengkapkan profile baru mohon kerja yang diiklankan.
Kemahiran
Ada calon yang isi bahagian kemahiran hanya sekadar Microsoft Office sahaja. Jangan begitu, pastikan anda tulis juga kemahiran yang lain juga contohnya adobe photoshop, autocad dan sebagainya. Ataupun jika ada pengalaman guna apa-apa instrumen semasa belajar/praktikal dulu anda boleh masukkan.
Tak cukup kemahiran nak masukkan? Jangan jadikan itu alasan, gunakan masa yang anda ada untuk belajar kemahiran-kemahiran penting yang berkaitan dengan bidang yang dicari.
Expected Salary
Fresh graduate jika nak cepat dapat kerja, jangan letak gaji jangkaan yang terlampau tinggi dan tidak masuk akal. Lain lah jika anda memang hebat dan mempunyai pengalaman yang cukup menarik untuk demand gaji.
Bila nak mohon sesuatu kerja itu, lihat dulu info gaji untuk jawatan yang dipohon. Kalau jawatan tersebut anggaran gaji dalam RM2,500 hingga RM3,500, anda boleh cuba mohon RM2500 sebagai permulaan.
Work Location
Ramai yang tak tahu sebenarnya pihak HR syarikat akan lihat preferred work location calon dalam memilih calon pekerja. Contohnya syarikat yang berminat dengan anda terletak di Kuala Lumpur tetapi anda meletakkan preferred location di Kedah.
HR akan beranggapan anda terlalu jauh dan memang tidak berkeinginan untuk bekerja luar dari tempat tinggal. Jika anda betul-betul mahukan kerja, anda tidak sepatutnya memilih lokasi kerja.
Pitching
Setiap laman web kerjaya mesti ada sediakan bahagian pitching di mana calon perlu mengulas sedikit mengenai matlamat calon. Ramai calon yang abaikan bahagian ini dan terus hantar permohonan sahaja. Ubah sekarang! Pastikan anda isi bahagian itu juga.
Contohnya anda boleh gunakan ayat seperti berikut:
Selebihnya, anda boleh tambah sendiri sesuai dengan kelayakan dan kemahiran yang anda ada.
Semoga bermanfaat!