Macam Mana Nak Jawab Jika Ditanya Mengenai Perlembagaan Malaysia Dan Bendera Malaysia Semasa Temuduga SPA?
Apa Nak Jawab Jika Ditanya Mengenai Perlembagaan Malaysia Dan Bendera Malaysia Ketika Temuduga SPA?
Agak-agak apa yang akan anda jawab jika disoal dengan soalan seperti ini ketika sesi temuduga anda nanti? Mesti anda akan mencari maklumat atau nota terutamanya daripada pelajar Tingkatan 6 bagi modul Pengajian Am untuk dapatkan jawapan berkaitan Perlembagaan Malaysia.Apakah Perlembagaan Malaysia?
- Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi negara yang menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan.
- Perlembagaan ialah dokumen rasmi negara yang menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
- Perlembagaan mengandungi peraturan-peraturan dan prinsip yang menjadi panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara.
- Perlembagaan menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.
Peruntukan Yang Terkandung Dalam Perlembagaan Malaysia
- Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi negara yang menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan.
- Perlembagaan ialah dokumen rasmi negara yang menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
- Perlembagaan mengandungi peraturan-peraturan dan prinsip yang menjadi panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara.
- Perlembagaan menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.
Perkara Dalam Perlembagaan Malaysia Yang Tidak Boleh Dipersoalkan
- Pemerintahan beraja
- Agama Islam
- Kedudukan Bahasa Melayu
- Hak istimewa orang Melayu / Bumiputera
Mengapakah Perkara Tersebut Tidak Boleh Dipersoalkan?
- Menghormati ketuanan Melayu
- Memelihara martabat Raja-Raja Melayu
- Menjaga keharmonian kaum
- Menjamin hak asasi penduduk
- Mengelakkan perkara sensitif dibincangkan kepada umum
- Mengiktiraf hak orang Melayu dan Bumiputera sebagai penduduk asal Tanah Melayu