Daftar Temuduga Khas Malaysianization & Terima Insentif RM2,000 Dibayar Terus Jika Dapat Kerja
Pihak EIS PERKESO Negeri akan mengadakan Karnival Malaysianization di bawah Penjana Kerjaya bagi membuka peluang pelbagai jawatan kosong buat warganegara Malaysia yang sedang mencari pekerjaan. Tawaran dibuka khas untuk semua kategori termasuk lepasan SPM, graduan dan penganggur.
Temu duga kerja ini melibatkan pelbagai majikan syarikat terkemuka. Apa yang lebih menarik adalah insentif sehingga RM2,000 akan dibayar terus kepada pekerja apabila anda digajikan!
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan cara buat pendaftaran.
MAKLUMAT TEMUDUGA
- Nama Program: Temu Duga Khas Malaysianization
- Anjuran: PERKESO
- Tarikh temuduga: 13 Oktober 2021
- Masa temuduga: 9 am hingga 4 pm
- Medium: Cisco Webex/ WhatsApp Video Call
MAJIKAN TERLIBAT
Antara majikan yang terlibat dalam menawarkan jawatan kosong untuk temu duga Malaysianization adalah:
- Renobina Construction (M) Sdn Bhd
- Primabaguz Foods Sdn Bhd
- Hiro Food Packages Manufacturing Sdn Bhd
- O.G Textile Sdn Bhd
- Maex Linen Sdn Bhd
- Perident Star Sdn Bhd
- ATA Industrial (M) Sdn Bhd
- Airfoil Services Sdn Bhd
- Doka Sdn Bhd
SENARAI JAWATAN DITAWARKAN
Semak senarai jawatan kosong yang ditawarkan bagi setiap majikan di bawah:
CARA MOHON
Calon yang ingin memohon jawatan yang ditawarkan dan sertai temuduga boleh buat pendaftaran sekarang sebelum tarikh temuduga. Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut:
PENDAFTARAN KARNIVAL MALAYSIANIZATION PERKESO
Penggunaan medium Cisco Webex adalah diwajibkan bagi jawatan kategori Eksekutif manakala pilihan medium diberikan kepada jawatan kategori SPM dan kebawah sahaja.
Bagi calon yang ingin memohon jawatan kategori SPM dan ke bawah dan ingin menggunakan medium WhatsApp Video Call mohon pastikan nombor telefon yang didaftarkan mempunyai akaun Whatsapp.
Link temu duga akan diberikan kepada calon yang berdaftar sehari sebelum temu duga dilaksanakan.