Tips Mencari Kerja Yang Efektif. Dapatkan 4 Teknik Yang Dikongsikan Ini
Pastinya anda sedia tahu bahawa terdapat pelbagai jenis cara untuk mencari kerja seterusnya mendapatkan pekerjaan tersebut. Terdapat 4 teknik yang sesuai untuk jadikan panduan sebelum anda mencari pekerjaan agar ianya sepadan dengan kehendak anda dan majikan pada masa kini.
4 Teknik Mencari Kerja Yang Efektif
Antara teknik mencari kerja yang efektif adalah :
Membuat Penilaian Diri
- Tentukan dahulu minat kerjaya anda.
- Mengenalpasti kemahiran serta kepakaran yang ada.
- Mengetahui jenis-jenis pekerjaan yang dipohon.
- Dapatkan matlamat kerjaya agar mendapat kepuasan dalam bekerja.
Kenal Pasti Pilihan Pekerjaan
- Terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang ditawarkan. Buat perbandingan dari segi kemahiran, minat dan padanan sijil akademik anda.
- Pastikan kemahiran yang diperlukan majikan sepadan dengan kemahiran yang ada pada anda.
- Dapatkan maklumat berkaitan jawatan serta syarikat yang dipohon.
Matlamat Kerjaya
- Kenal pasti terlebih dahulu matlamat anda mencari pekerjaan. Adakah untuk mendapatkan duit sahaja, membayar hutang atau meningkatkan ilmu kemahiran dalam pekerjaan atau mengembangkan kerjaya.
Sumber / Platform Mencari Pekerjaan
Dapatkan iklan-iklan kerja kosong melalui :
- Media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan lain-lain.
- Iklan banting / banner.
- Blog jawatan kosong
- Laman web Jobs Malaysia, MySPP dan SPA.
- Agensi pekerjaan swasta
Atau anda boleh terus hubungi wakil syarikat dan bertanyakan sama ada syarikat tersebut mempunyai jawatan kosong. Seterusnya tanya cara untuk membuat permohonan sekiranya terdapat kekosongan jawatan di syarikat tersebut.
Untuk menghubungi wakil syarikat, anda perlu :
- Telefon terlebih dahulu sekiranya anda tahu nombor telefon syarikat tersebut.
- Seterusnya hantar emel beserta cover letter dan resume ke alamat emel yang telah anda dapatkan.
- Hadir untuk temuduga sekiranya dipanggil untuk temuduga.
- Jika tiada kekosongan jawatan, berikan nombor telefon anda atau minta alamat emel bahagian HR untuk mengetahui kekosongan jawatan jika ada.