Tak Tahu Nak Padankan Warna Baju Dan Tudung Untuk Hadir Temuduga?
Hari temuduga semakin lama semakin dekat. Tetapi tidak tahu padanan yang betul dan sesuai untuk dipakai pada hari tersebut. Baju, kasut semuanya dah siap. Tapi tidak tahu hendak membuat padanan baju dan tudung pula. Sebentar, jangan pening-pening untuk memikirkan padanan warna baju dan tudung. Anda boleh terus membuat padanan baju dan tudung yang sesuai untuk dipakai pada hari temuduga nanti melalui perkongsian ini.
Padanan Warna Baju Dan Tudung
Baju Dusty Pink
Pastinya ramai wanita diluar sana yang gemarkan warna Dusty Pink ini bukan. Ini kerana warna ini menunjukkan bahawa anda yang memakinya adalah seorang yang feminim, lemah lembut dan memukau orang yang melihatnya. Warna tudung yang sesuai dengan warna ini ialah :
- Mauve purple
- Soft rossy pink
- Barely beige
Soft Yellow
Bukan semua orang menyukai warna ini kerana ianya kelihatan terlalu terang. Tetapi anda boleh memakai warna kuning jenis Soft Yellow ini yang nampak lebih lembut dan tidak menyilaukan mata. Warna kuning ini menyerlahkan diri anda seperti seorang yang ceria, positif dan sentiasa bertenaga. Warna tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan baju berwarna Soft Yellow ialah :
- Sage green
- Peach
- Cranberry
Soft Brown
Warna ini sering menjadi pilihan usahawanita, wanita yang bekerjaya dan golongan profesional dalam bidang masing-masing. Selalunya mereka yang memakai pakaian berwarna ini akan kelihatan lebih matang dan nampak profesional. Padanan warna tudung yang sesuai ialah :
- Dark gold
- Hitam
- Dark greyish blue
Royal Purple
Golongan kreatif sangat menggemari warna ungu kerana ia meningkatkan daya pemikiran yang kreatif dan menenangkan saraf mereka setelah seharian berfikirkan idea-idea baru. Warna tudung yang sesuai ialah :
- Light lavender
- Deep red violey
- Ocean green
Deep Silver Grey
Tahukah anda bahawa warna ini memperlihatkan sisi yang mewah serta keyakinan yang tinggi pemakainya? Malahan ia juga menunjukkan mereka yang memakainya adalah seorang yang berfikiran jauh dan kreatif. Warna tudung yang sesuai dipadankan dengan baju berwarna ini ialah :
- Blue grey
- Dusty pink
- Soil brown
Semoga Bermanfaat!
Sumber : Puan Mary