Portal Jawatan Kosong Terkini

Apakah Perbezaan Antara Resume, Biodata Dan CV Anda Perlu Tahu Sebelum Hadiri Temuduga

Adalah penting buat anda yang akan menghadiri temuduga untuk membawa dokumen-dokumen yang berkaitan semasa temuduga. Salah satu dokumen yang selalunya disuruh oleh majikan untuk anda bawa adalah resume.

Baca: 10 Dokumen Yang Perlu & Tidak Perlu di Bawa Semasa Temuduga

Pastikan anda tahu apa sebenarnya resume. Hal ini kerana sesetengah daripada orang yang menghadiri temuduga terkeliru antara resume, biodata dan juga Curriculum Vitae (CV). Kekeliruan ini akan menyebabkan anda membawa dokumen dengan format yang salah.

Sebagai contoh, syarikat meminta anda membawa resume sebagai rujukan mereka tetapi malangnya anda membawa CV kerana anda menyangka CV tersebut adalah resume.

Perkara ini sering terjadi kerana kebanyakan rakyat Malaysia tidak memahami apa itu resume, CV dan juga biodata serta tidak dapat membezakan ketiga-tiga dokumen ini.

Kesan daripada tersalah membawa dokumen yang diperlukan bakal menjejaskan emosi penemuduga. Penemuduga berkemungkinan akan menganggap anda tidak serius dalam memohon kerja tersebut kerana tidak membawa apa yang mereka inginkan.

Jadi, pastikan anda memahami perbezaan antara ketiga-tiga dokumen ini dan membawa dokumen yang sepatutnya disuruh bawa oleh majikan semasa temuduga kelak. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan perbezaan antara resume, CV dan biodata yang anda wajib tahu. Contoh resume, CV dan biodata turut akan kami sertakan.

RESUME

Resume membawa erti ringkasan dan berasal daripada Bahasa Perancis. Jadi, resume ini haruslah ringkas, seringkas yang mungkin. Resume harus menunjukkan maklumat yang padat tetapi ringkas. Resume juga memaparkan ringkasan tentang kemahiran, pendidikan dan juga maklumat pekerjaan seseorang.

Resume ini biasanya perlu dibawa semasa anda hendak memohon kerja. Semasa temuduga juga, resume perlu dibawa. Konsep resume adalah lebih pendek lebih bagus. Panjang resume pula adalah antara satu hingga dua muka surat.

BIODATA

Biodata berasal daripada bahasa Inggeris iaitu “biographical”. Biodata lebih merujuk kepada maklumat peribadi seseorang contohnya seperti nama, umur, taraf perkahwinan, status, agama, bangsa dan lain-lain.

Mungkin tiada masalah bagi anda untuk mengenali biodata kerana kebanyakan daripada anda sudah terbiasa dengan biodata sejak di bangku sekolah. Kebanyakan biodata berbentuk ‘point form’ dan hanya satu muka surat. Berikut merupakan contoh biodata.

CURRICULUM VITAE (VC)

Berdasarkan kajian, ramai daripada calon yang menghadiri temuduga sering tersilap antara CV dan resume dan kurang bermasalah dengan biodata. CV bermaksud perjalanan hidup dan berasal daripada bahasa Latin.

CV lebih kurang resume juga tetapi maklumat yang terdapat dalam CV lebih terperinci. CV juga lebih panjang daripada resume iaitu antara 2 hingga 3 muka surat atau lebih panjang berdasarkan kepada pencapaian seseorang itu.

PERBEZAAN UTAMA ANTARA RESUME DAN CV

Berikut kami ringkaskan perbezaan utama antara resume dan juga CV bagi memudahkan pemahaman anda. Antara perbezaan utamanya adalah seperti berikut.

  1. Maklumat dalam resume ditulis secara ringkas tetapi maklumat dalam CV ditulis secara lengkap dan berstruktur.
  2. Panjang resume hanya 1 hingga 2 muka surat atau kurang manakala panjang CV adalah antara 2 hingga 3 muka surat atau lebih.
  3. Maklumat dalam CV merangkumi semua pengalaman dan pencapaian professional dan disusun mengikut kronologi manakala maklumat dalam resume hanya melibatkan pencapaian berkaitan dengan jawatan.
    CV dihantar tanpa cover letter manakala resume dihantar bersama cover letter.

Pihak kami berharap semoga perkongsian artikel ini dapat membantu anda dalam membezakan antara ketiga-tiga dokumen ini iaitu CV, resume dan juga biodata.

Pastikan anda tidak lagi tersilap membawa dokumen yang diarahkan semasa temuduga. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya dalam temuduga anda.