Tidak Ada Ijazah Tetapi Gaji Lumayan
Jangan rungsing sekiranya anda tidak mempunyai sebarang ijazah untuk memohon pekerjaan dan mengharapkan gaji yang lumayan. Ini kerana bukan sekadar ijazah sahaja yang dipandang oleh bakal majikan malahan beberapa kemahiran yang menjadi fokus utama sesetengah majikan.
Antara kemahiran yang menjadi fokus utama majikan adalah kemahiran teknikal dan kemahiran soft skill dan ianya bergantung pada jawatan yang dipohon oleh anda.
Satu kelebihan buat anda sekiranya anda mempunyai kedua-dua kemahiran ini dan anda juga memperolehi sijil profesional atau sijil ikhtisas yang diperakui oleh agensi atau badan tertentu.
Malahan sekiranya anda merupakan seorang yang sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah atau kolej, ia merupakan satu bonus buat anda untuk mendapatkan pekerjaan yang berikan gaji yang sangat lumayan walaupun anda tidak mempunyai sekeping ijazah.
Teruskan membaca perkongsian ini untuk ketahui apakah pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan walaupun tidak menggunakan ijazah.
Jenis Kerjaya
Antara kerjaya yang menawarkan gaji yang lumayan buat anda ialah :
1. Welding Inspector & Welding QC Co-Ordinator
Tugas welding inspector adalah bertanggung jawab mengawasi semua aktiviti dan memastikan kualiti kimpalan serta menyiapkan tugas kimpalan mengikut masa yang ditetapkan.
Oleh kerana tidak semua orang mampu melaksanakan tugas ini kerana persekitaran yang panas, menggunakan tenaga yang yang terlalu banyak serta faktor yang agak sukar maka kebanyakan syarikat menawarkan gaji yang tinggi untuk pekerjaan ini.
Gaji : RM39,000/bulan
2. Agen Hartanah
Broker tanah atau broker rumah merupakan gelaran buat agen hartanah di Malaysia. Sebelum anda menjadi agen hartanah yang profesional, anda perlu memiliki sijil perakuan sebagai ejen hartanah dan mereka yang bekerja dalam bidang ini, anda boleh mengaut hasil yang sangat lumayan dan ia juga bergantung pada tahap kerajinan anda.
Gaji : RM30,000/bulan
3. Penasihat Kewangan
Penasihat kewangan bertanggungjawab untuk urus dan memberi khidmat nasihat berkaitan pelaburan kewangan anda. Penasihat kewangan juga berkaitan dengan bank yang menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang untuk memperolehi faedah keuntungan. Jadi mereka membantu anda untuk uruskan beberapa pelaburan anda pada bank atau institusi kewangan tersebut.
Gaji : RM3000-RM6000 ke atas/bulan
4. Pengendali Pelantar Minyak / Rig Operator
Tanggungjawab seorang pengendali pelantar minyak adalah bertindak sebagai penyelia dan menyelia anak-anak kapal pelantar dan bertanggungjawab dalam menyelia operasi harian di pelantar minyak. Pengendali pelantar minyak akan memberi jadual kerja dan merupakan penyelaras yang akan berhubung dengan semua krew di pelantar minyak.
Gaji : RM15,000/bulan
5. Wireman
Tugas seorang wireman adalah berkaitan pemasangan dan membaiki pendawaian elektrik. Wireman boleh bekerja dalam pelbagai bidang sama ada dalam kediaman ataupun bidang komersial. Ketika membuat pendawaian elektrik dan pada masa yang sama wireman tersebut perlu memastikan keselamatan menerusi sistem perlindungan api.
Gaji : RM10,000/bulan
6. Chargeman
Tugasan seorang chargeman adalah mengendali, menyenggara, merancang dan menyelia kemudahan serta pengurusan utiliti dan aktiviti operasi dalam premis syarikat. Selain itu, mereka perlu menyelesaikan masalah dan membetulkan kegagalan elektrik pada panel voltan, gen-set, peralatan elektrik, lampu, sistem pendawaian dan aksesori. Juga bertanggungjawab dalam mengamalkan dan mengikuti prosedur kerja, pengemasan, dasar keselamatan dan mematuhi semua undang-undang, peraturan yang berkaitan dengan sistem elektrik.
Gaji : RM5,000/bulan
7. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan akan menggalakkan budaya kesihatan dan keselamatan yang positif di tempat kerja dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka. Juga bertanggungjawab untuk memastikan majikan dan pekerja mematuhi undang-undang keselamatan serta membantu untuk merancang, melaksana, memantau dan mengkaji semula langkah-langkah keselamatan, perlindungan dan pencegahan sesebuah syarikat.
Gaji : RM10,000/bulan
8. Agen Insuran
Ejen insurans menjual produk syarikat kepada pihak yang berminat dan mesti aktif dalam mencari pelanggan baru dan menerangkan jenis insurans yang mungkin dapat membantu pelanggan. Mereka juga perlu memahaminya dengan mengikuti perkembangan kadar dan dasar-dasar yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat insurans lain untuk menjual produk mereka.
Gaji : RM5000/bulan
9. Offshore Inspection
Kerjaya sebagai Offshore Inspection ini sangat sesuai dengan anda sekiranya anda berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy dan syarikat berkaitan dengannya. Tetapi anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh beberapa institusi seperti CSWIP , Jabatan Pembangunan Kemahiran (Skills Malaysia), NIOSH untuk memperolehi kepakaran dan kelayakan bekerja dalam bidang tersebut. Sijil ini diiktiraf di Malaysia termasuk di peringkat antarabangsa. Memandangkan syarikat oil and gas ini sememangnya syarikat besar dan bertaraf antarabangsa sudah tentu keuntungan syarikat bernilai berbilion-bilion ringgit setiap tahun. Jika keuntungan yang diperolehi besar sudah tentu gaji pekerja, bonus tahunan juga lumayan walaupun jika anda pekerja sebagai pencuci pelantar minyak sekalipun.
Gaji : RM10,000/bulan
10. Plastics Welders
Bertanggungjawab untuk mengimpal plastik seperti paip dan sebagainya. Kerjaya ini juga turut akan menjana pendapatan yang lumayan tanpa perlu ada pendidikan. Cuma perlu ada kemahiran sahaja.
Gaji : RM10,000/bulan
Lihat, sesuatu sijil bukanlah penentu untuk anda mendapatkan gaji yang lumayan. Namun pendidikan dan kerajinan itu sangat penting dalam kehidupan anda. Jika anda mempunyai kemahiran yang unik dan profesional lain daripada orang lain, itu adalah satu kelebihan buat anda.