Portal Jawatan Kosong Terkini

PERKESO 2.0 Daftar PenjayaKerjaya: Peluang Kerja Untuk Semua Belia Dengan Elaun Minima RM1,500

Program PenjanaKerjaya 2.0 merupakan satu Program Perantisan di bawah Kementerian Sumber Manusia (PERKESO) yang dilaksanakan bagi memberi pengalaman bekerja jangka pendek sepenuh masa sekurang-kurangnya 3 bulan kepada para belia.

Program ini juga ditambahbaik dengan memberi insentif sehingga RM1,000 sebulan kepada majikan untuk menggaji belia bagi meningkatkan peluang pengambilan belia bekerja.

Semak kelayakan dan maklumat lanjut pendaftaran Program PenjanaKerjaya 2.0 di perkongsian bawah.

OBJEKTIF PROGRAM PENJANAKERJAYA 2.0

Objektif utama Program PenjanaKerjaya 2.0 dilancarkan adalah bagi:

  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam alam pekerjaan melalui latihan on-the-job bagi meningkatkan  kebolehan mereka

KELAYAKAN MENDAFTAR

Antara syarat kelayakan belia yang layak mendaftar Program PenjanaKerjaya 2.0 adalah:

  • Lepasan sekolah/ graduan berumur 18 hingga 30 tahun
  • Calon masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap
  • Calon mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana syarikat dan badan-badan berkanun

Calon yang TIDAK LAYAK mendaftar Program PenjanaKerjaya 2.0 adalah:

  • Pelajar menjalani Latihan Industri (Internship)
  • Pelajar yang masih belum tamat pengajian
  • Bukan warganegara

INSENTIF PERANTISAN

Dalam menggalakkan pengambilan belia bekerja insentif perantisan diberikan seperti berikut:

  • Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mengambil lepasan sekolah dan graduan bagi Program Perantisan
  • Tempoh bayaran adalah selama 3 bulan dengan syarat kontrak perkhidmatan minimum 3 bulan
  • Gaji/ elaun minimum adalah RM1,500 sebulan
  • Majikan boleh memohon hanya 1 kursus latihan untuk perantis dengan kos maksimum RM4,000
  • Pekerja juga layak menerima elaun kesediaan kerja/ bantuan

SYARAT TAMBAHAN

Berikut adalah syarat tambahan bagi majikan yang berminat untuk sertai Program perantisan:

  • Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di Portal MyFutureJobs
  • Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO
  • Tarikh permohonan adalah bermula 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021
  • Sekiranya permohonan adalah pada 30 Jun 2021, majikan layak membuat tuntutan bagi elaun gaji bulan Julai, Ogos dan September 2021
  • Majikan layak memohon 3 bulan insentif PenjanaKerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja, sekiranya perantis berkenaan diserap sebagai pekerja tetap

CARA MEMOHON PROGRAM PERANTISAN

Majikan

Mulai 1 Januari 2021, majikan yang berminat boleh mendaftar dan mengiklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MYFutureJobs di laman sesawang:

Serta membuat permohonan insentif bagi Program Perantisan ini di laman sesawang:

Belia (Pencari Kerja)

Panduan lengkap pendaftaran dan permohonan kerja bagi belia telah lengkap dinyatakan di pautan berikut.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 03-8091 5300/ 1-300-22-8000 atau emel kepada [email protected].

Daftar PenjayaKerjaya 2.0 PERKESO: Peluang Kerja Buat Semua Belia Dengan Elaun Minima RM1,500 Daftar PenjayaKerjaya 2.0 PERKESO: Peluang Kerja Buat Semua Belia Dengan Elaun Minima RM1,500 Daftar PenjayaKerjaya 2.0 PERKESO: Peluang Kerja Buat Semua Belia Dengan Elaun Minima RM1,500 Daftar PenjayaKerjaya 2.0 PERKESO: Peluang Kerja Buat Semua Belia Dengan Elaun Minima RM1,500