Portal Jawatan Kosong Terkini

Pengambilan Protege NAFAS Buat Graduan Pelbagai Bidang. Elaun RM2,000 Sebulan Diberi

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kini membuka pengambilan calon Protege terbuka buat graduan lepasan universiti dari pelbagai bidang pengajian. Calon yang layak mendapat penempatan akan mengikuti program selama 8 bulan meliputi kursus Soft Skills dan “On The Job Training”.

Graduan yang tiada pengalaman berkesempatan untuk mendapatkan latihan kerja dan pengalaman kerja yang sangat berguna untuk pembangunan kerjaya. Elaun bulanan dan pelbagai faedah lain disediakan buat calon sepanjang program.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program Protege NAFAS dan cara membuat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama Majikan: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
  • Nama Program: Protege Trainee
  • Tempoh: 8 Bulan (2 minggu kursus ‘Soft Skill’ selebihnya ‘On The Job Training’)
  • Tempat Latihan: Seluruh Malaysia (NAFAS HQ, Syarikat Subsidiari NAFAS)
  • Tarikh tutup permohonan: 30 Jun 2021

JURUSAN PENGAJIAN

Permohonan adalah terbuka kepada semua graduan universiti dari pelbagai jurusan berikut:

  • Akaun/ Kewangan
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Pemasaran/ Perniagaan Tani
  • Pengurusan Peruncitan/ Logistik
  • Pengurusan Sains Perladangan
  • Undang-undang
  • Teknologi Maklumat/ Multimedia
  • Kejuruteraan
  • Hortikultur/ Sains Pertanian/ Sains Ternakan

FAEDAH DIBERI

Graduan yang berjaya mendapat tawaran akan menerima faedah berikut sepanjang program:

  • Elaun RM2,000 Sebulan
  • Cuti tahunan 8 hari
  • Cuti sakit 8 hari
  • Bil perubatan RM200 (Semasa latihan)
  • Caruman PERKESO & SIP

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada graduan yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Lepasan Ijazah Sarjana Muda
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas

CARA MOHON

Graduan yang berminat dengan program yang ditawarkan dan bersedia untuk ditempatkan latihan kerja di syarikat NAFAS boleh buat permohonan sebelum 30 Jun 2021. Permohonan boleh dibuat dengan EMEL RESUME TERKINI ke alamat berikut:

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian berikut:

  • En. Faizal Afzan: 03 61441231
  • Cik Wisya: 03 6144 2024

IKLAN PENGAMBILAN