Portal Jawatan Kosong Terkini

Permohonan Protege SSM Dibuka (Ready To Work) Elaun Bulanan RM2000 Buat Graduan

Pengambilan peserta PROTEGE-Ready To Work di Syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ambilan Mac 2023 kini dibuka. Graduan yang berminat boleh melengkapkan permohonan di ruangan yang disediakan selewat-lewatnya 6 Januari 2023.

SSM ingin mengalu-alukan graduan warganegara yang berkelayakan untuk menyertai Program Protege dengan elaun bulanan RM2000. Permohonan dibuka kepada individu yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diiktiraf.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan Protege SSM.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Nama jawatan: Protege – Ready To Work (RTW)
  • Kemasukan: Mac 2023
  • Penempatan: Menara SSM@ KL Sentral
  • Tarikh tutup permohonan: 6 Januari 2023

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan untuk mengikuti Program Protege yang ditawarkan adalah:

  • Graduan Warganegara Malaysia
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diiktiraf
  • Aktif dalam bidang sukan/ kokurikulum
  • Keutamaan kepada graduan bidang berikut:
    – Undang-undang
    – Perakaunan
    – Sains Komputer
    – Pengurusan Projek
    – Sains Aktuari
    – Pentadbiran Perniagaan
    – Komunikasi Massa
    – Ekonomi
    – Sumber Manusia
    – Reka Bentuk Grafik
    – Lain-lain bidang pengajian yang setara dengan keperluan SSM

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Graduan yang mengikuti Program Protege SSM akan memperoleh kemudahan berikut:

  • Elaun bulanan: RM2000
  • Cuti tahunan
  • Caruman PERKESO
  • Rawatan hospital kerajaan (pesakit luar)
  • Cuti Sakit – dikira sebagai Cuti Tanpa Gaji

CARA MOHON

Sekiranya anda merupakan graduan dalam bidang-bidang yang dinyatakan di atas dan berminat untuk menyertai program Protege di Syarikat SSM, anda boleh mohon selewat-lewatnya 6 Januari 2023. Klik pautan berikut untuk mohon:

Terdapat 5 bahagian dan kesemua maklumat adalah wajib untuk dilengkapkan. Permohonan yang lengkap sahaja akan diproses dan calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ke sesi temuduga.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian 03 22994944/ 4543/ 5322 atau emel ke alamat [email protected].