Kerja Offshore
Kerja Offshore? Perlu kerja ditengah laut kan? Mesti tak boleh balik ke daratan selama berbulan dan susah nak jumpa ahli keluarga kalau kerja di tengah laut.
Tetapi tahukah anda, kerja dalam bidang ini anda akan mendapat gaji yang sangat lumayan. Tambahan pula jika anda mempunyai beberapa sijil kemahiran dan sijil profesional yang diiktiraf oleh badan dan agensi tertentu.
Cara Untuk Mohon Kerja OffShore
Terdapat 3 cara untuk mohon kerja di Offshore iaitu :
- Pemohon tanpa pengalaman
- Pemohon lepasan Diploma dan Ijazah
- Pemohon mula dari bawah / berpengalaman
1. Pemohon Tanpa Pengalaman
- Pergi ke Google dan search OFFSHORE COMPANY IN MALAYSIA.
- Pergi ke website tersebut dan klik SECTION CAREER atau DEPT. STRUCTURE.
- Jika ada kekosongan, hantar CV, RESUME, COVER LETTER atau terus emel ke HR syarikat tersebut.
- Tunggu jawapan daripada syarikat tersebut.
Anda juga boleh dapatkan alamat syarikat tersebut dan hantar CV, RESUME, COVER LETTER terus disana. Pastikan anda telefon dan membuat temujanji terlebih dahulu. Manakan tahu nasib anda baik dan terus dipanggil untuk temuduga. Jika tidak dipanggil temuduga, anda boleh buat follow-up melalui emel atau telefon.
2. Pemohon Lepasan Diploma dan Ijazah
- Boleh mohon sebelum anda tamatkan pengajian
- Pastikan CGPA adalah yang terbaik
- Buat latihan industri di syarikat Oil & Gas dan bina networking untuk persediaan kerjaya anda serta recommendation daripada staf tersebut.
- Siapkan CV, RESUME, COVER LETTER yang khusus dalam bidang Oil & Gas.
3. Pemohon Mula Dari Bawah / Berpengalaman
- Ada ijazah tetapi tidak berkaitan dengan petroleum, engineering, marine perlu bermula dari bawah seperti : general purpose, rigger, roughneck, roustabout, steward, ordinary seamen, wiper dan helper.
- Buat research mengikut minat masing-masing kerana setiap entry level mempunyai jabatan masing-masing.
- Research juga apakah jawatan yang sesuai dengan pengalaman anda yang berbelas tahun.
- Research juga harga minyak terkini
Jawatan Lain Di Offshore
Antara pekerjaan lain yang terdapat di Offshore adalah :
- Technician
Sekurangnya mahir untuk overhaul maintenance pump, purifier, diesel engine, boiler, accommodation, hydraulic system, electrik, aircons, HVAC, cooler dan sebagainya.
- Bahagian catering
Pernah bekerja di hotel, restoren, kedai makan, cruise dan sebagainya merupakan satu bonus untuk anda. Ini kerana anda akan memasak untuk pekerja yang lain di offshore.
Checklist Mohon Kerja Offshore
1. Pastikan anda lihat section yang ada kaitan dengan ijazah dan offshore seperti Mechanical sesuai dengan Pipeline, Petrophysis, Production Engineering, Reservoir, Rotating dan Static Equipment.
Rujuk pautan ini : DEGREE MATCHER
2. Dapatkan Syarikat Oil & Gas Di Malaysia Yang Menyediakan Pekerjaan Di Offshore
Anda boleh check di pautan ini : MPRC
Ini kerana anda boleh dapatkan syarikat yang menyediakan pekerjaan di offshore dan anda perlu tahu bahawa ada syarikat yang hanya menjalankan projek di onshore sahaja.
Antara contoh bidang yang berkaitan dengan offshore adalah seperti : Upstream Consultancy, Offshore COnstructions, FPSO Operator dan Subsea.
3. Perbanyakkan Sijil Kemahiran Teknikal Yang Berkaitan
Antara sijil yang sangat bernilai adalah seperti :
- API
- IECEx
- Introduction to Oil & Gas
- ASME
- IWCF
- Operation & Maintenance
- AutoCAD
- Primavera
- Ms Project
Ini kerana ia sangat berkaitan dengan bidang kerja, syarikat boleh jimatkan kos dan pekerja sudah ada pengalaman dan hanya perlu ikuti latihan asas sahaja.
4. Resume Yang Power
Pastikan resume anda difokuskan dengan kemahiran teknikal yang berkaitan dengan bidang offshore dan highlight kan dalam resume anda.
5. Gunakan Linkedin
Gunakan Linkedin dan belajar untuk menggunakan teknik Linkedin untuk berhubung dengan pengurus dan pengarah syarikat Oil & Gas tersebut. Jadi, anda boleh terus untuk hubungi mereka melalui mesej Linkedin atau emel.