Niat nak sambung master, tetapi berbaloikah sambung master terus selepas tamat degree? Nak sambung terus atau kerja terlebih dahulu? Pasti ada graduan yang buntu memikirkan hal ini. Niat nak bekerja adalah untuk mendapatkan pengalaman.
Ya! Memang tidak dinafikan pengalaman kerja adalah penting tidak kira di mana pun anda berada. Di mana-mana pun majikan hanya akan pandang pengalaman kerja.
Ketahui kelebihan bekerja dahulu selepas degree sebelum sambung master untuk panduan anda membuat keputusan.
KELEBIHAN BEKERJA DAHULU SELEPAS DEGREE
Minda Akan Lebih Terbuka
Suasana di tempat kerja sangat berbeza dengan suasana di tempat anda menuntut ilmu. Memang betul bekerja juga adalah sebahagian daripada menuntut ilmu, tetapi apabila anda bekerja minda akan lebih terbuka luas. Di tempat kerja anda akan mendengar dan menerima pendapat yang berbeza-beza.
Kepelbagaian perspektif akan anda lalui yang bakal memberi anda pengalaman yang sangat berguna.
Belajar Tentang Etika & Disiplin Kerja
Ketika anda bekerja, anda berpeluang untuk belajar tentang etika dan disiplin kerja. Tidak kira berapa lama atau sekejap anda bekerja, pengalaman yang anda peroleh pasti akan memberi pengajaran. Kerja 2 – 3 tahun dan dapatkan pengalaman. Selepas itu, sambung master.
Selepas tamat pengajian peringkat master, pasti anda lebih bersedia untuk ke alam pekerjaan.
BERBALOIKAH SAMBUNG MASTER TERUS?
Kalau habis degree terus sambung master, nak dapat peluang pekerjaan agak susah. Kenapa? Sebab utama adalah anda tak ada pengalaman. Kecuali pengalaman internship (kalau ada).
Jika anda dapat kerja terus selepas master tanpa pengalaman pun mungkin gaji permulaan adalah lebih kurang dengan gaji graduan degree. Lebih baik jika anda dapatkan pengalaman dalam 2 -3 tahun terlebih dahulu baru anda sambung master.
Sekurang-kurangnya selepas tamat master anda boleh mohon kerja menggunakan master dan selitkan pengalaman kerja yang anda ada. Bolehlah anda demand gaji sedikit.
Walaubagaimanapun, berbaloi atau tidak ini adalah berdasarkan pandangan masing-masing. Jika anda berasa yakin dengan sesuatu keputusan, teruskan! Jangan teragak-agak. tetapi pastikan anda ketahui kelebihan dan keburukan yang akan anda terima daripada setiap keputusan yang anda buat.
Semoga bermanfaat!