Bagi anda yang telah lulus peperiksaan online untuk jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19, anda pasti telah menerima SMS dan email temuduga Pembantu Tadbir N19 dari pihak SPA.
Temuduga Pembantu Tadbir N19 khas untuk beberapa jawatan akan berlangsung sepanjang tahun ini. Tahniah sekiranya anda di panggil menghadiri temuduga tersebut.
Jadi, bila sahaja di panggil temuduga Pembantu Tadbir N19 sudah tentu anda sedang mencari tips berkaitan temuduga. Jom persiapkan diri dengan ilmu tentang jawatan ini sebelum anda di temuduga.
Kita mulakan dengan tugas-tugas Pembantu Tadbir N19 terlebih dahulu.
APAKAH TUGAS PEMBANTU TADBIR N19?
Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pembantu Tadbir N19:
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
Skop Fungsi dan Bidang Tugas Pembantu Tadbir:
Aspek Perkeranian:
a) Pentadbiran pejabat.
b) Pengurusan personel.
– perjawatan, pembangunan organisasi dan perancangan sumber manusia
– perkhidmatan, latihan dan kerjaya
– gaji, elaun dan kemudahan
– faedah persaraan
c) Pengurusetiaan.
d) Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
e) Pengurusan Rekod.
f) Pengurusan Kewangan.
g) Pengurusan Fail.
Ringkasnya di atas merupakan antara tugas yang dijalankan oleh seorang Pembantu Tadbir.
JADI APA NAK PREPARE UNTUK TEMUDUGA PEMBANTU TADBIR?
Bagaimana nak prepare untuk hadiri temuduga N19 ni? Sedikit tips mudah untuk anda.
1) Buat persediaan awal. Kaji tugas bagi pembantu tadbir ni. Anda boleh lihat di atas di bahagian skop fungsi/bidang tugas.
Contoh skop kerja:
# urus punch kad staff di jabatan/unit
# Jaga fail. Termasuk kena cari fail.
# Jaga cuti, gaji, kebajikan staff
# Menaip dan buat surat/dokumen
# Jadi POSMEN
# Kadang-kadang jadi PA
# Jadi urusetia meeting, seminar ke, kursus..
# Jadi operator telefon..Berhubung dengan rakyat…
# Macam-macam lagi kerja Pembantu Tadbir ni yang penting. Kata mudahnya, tiada Pembantu Tadbir maka akan terganggulah operasi sesuatu jabatan/unit dalam sektor kerajaan.
2) Baca pekeliling bagi perkhidmatan awam.
Ini merupakan tips utama dan berguna semasa temuduga. Kami seringkali dimaklumkan ramai juga calon di tanya soalan berkenaan pekeliling ini. Contohnya, ditanya berkenaan tangga gaji pembantu tadbir, pasal cuti, pasal kenaikan pangkat. Tak perlu anda hafal semua. Cukup perkara asas yang perlu anda tahu sahaja.
3) Jangan fikir pasal nak menjawab soalan temuduga saja.
Anda akan dinilai dari segi akhlak, keyakinan, adab, air muka dan sebagainya. Untuk jawatan pembantu tadbir ini, anda perlu kelihatan sentiasa ramah sentiasa senyum. Tugas pembantu tadbir nanti akan membuatkan anda berjumpa dengan ramai orang. Jadi, kenalah sentiasa ramah, senyum semasa temuduga supaya si panel penemuduga akan berkata “Dia ni peramah, dia ni suka senyum. Memang sesuai dengan jawatan ini”.
4) Jangan terkejut dengan soalan-soalan PELIK.
Contohnya: ” Kenapa Suami Awak Nak Kat Awak Ye?”
Maksud tersiratnya “kenapa awak sesuai untuk jawatan N19” ini dan boleh membuatkan orang suka pada awak semasa menjalankan tugas?”. Haaa..Begitulah.
Jawapannya mungkin “Saya suka SENYUM kot tuan panel”. Soalan-soalan sebegini bukannya suka-suka ditanya. Ada maksud tersiratnya.
5) Jangan lupa study isu-isu semasa, dasar kerajaan, ekonomi dan lain-lain.
Baca je akhbar. Ni nak uji kita peka dengan hal sekeliling kita atau tidak. Dijangka ‘famous’ ditanya adalah berkenaan “1 MALAYSIA”.
Begitulah serba-sedikit tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh calon temuduga pembantu tadbir N19.
PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN PEMBANTU TADBIR
Untuk makluman anda, jualan khas rujukan temuduga Kerja Kerajaan telah pun di buka. Ia merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan terbaik.
Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.
Klik pautan di bawah dan buat tempahan segera.