Portal Jawatan Kosong Terkini

Sample Soalan Temuduga Perangkawan E41 Jabatan Perangkaan Malaysia

Temuduga Perangkawan E41

Anda tercalon untuk temuduga Perangkawan E41? Tahniah kerana berjaya untuk menduduki temuduga dan bagaimanakah persediaan anda untuk menghadapi temuduga Perangkawan E41 nanti?

Jika anda ingin mendapatkan contoh soalan temuduga bagi jawatan ini, teruskan membaca perkongsian ini untuk mendapatkan contoh soalan temuduga Perangkawan E41.

Bidang Tugas Perangkawan E41

Bertanggungjawab mengurus program dan aktiviti pengumpulan,  laporan dan pemprosesan, penganalisisan, penyediaan laporan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia, alam sekitar dan bidang lain-lain yang diperlukan dari semasa ke semasa untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.

Gaji Perangkawan E41

  • Gaji Minimum : RM1914.00
  • Gaji Maksimum : RM8649.00
  • Kadar Kenaikan Tahunan : RM225.00

Contoh Soalan Temuduga Perangkawan E41

  1. Perkenalkan diri anda dan latar belakang anda.
  2. Apakah pekerjaan anda sebelum ini?
  3. Anda sedang belajar, mengapa anda memohon jawatan ini?
  4. Jika diterima bekerja, adakah anda sanggup ditempatkan dimana sahaja negeri di seluruh Malaysia?
  5. Kenapa pilih Perangkawan?
  6. Sebutkan tugas seorang Perangkawan?
  7. Apakah misi, visi dan Jabatan Perangkaan Malaysia?
  8. Sila terangkan apa itu Statistik?
  9. Apakah perbezaan data dengan statistik?
  10. Apakah cara terbaik untuk pengumpulan data?
  11. Siapakah ketua Perangkaan?
  12. Jika anda diberi peluang menjawat jawatan ini, adakah anda sanggup dihantar ke Sabah atau Sarawak?
  13. Apakah maksud indeks harga pengguna?
  14. Mengapa bancian perlu dijalankan?
  15. Apakah mandat bagi menjalankan bancian?
  16. Siapakah yang melantik Ketua Perangkawan Negara?
  17. Apakah tanggungjawab Ketua Perangkawan Negara?
  18. Apakah kuasa Ketua Perangkawan Negara?
  19. Apakah skop Jabatan Perangkaan Malaysia?
  20. Bagaimanakah proses perangkaan dijalankan?
  21. Apakah jenis laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Perangkawan Negara?
  22. Bagaimanakah proses Laporan Perangkaan dikeluarkan?
  23. Berapa peratuskah Penjawat Awam yang ditangkap kerana terlibat dengan rasuah pada bulan Jun 2018?
  24. Apakah komen anda tentang larangan kepada Penjawat Awam untuk menyertai Skim Cepat Kaya?
  25. Apakah tujuan penubuhan Unit Integriti?
  26. Terangkan apa itu My Integrity Assessment (MyIA).
  27. Apakah jenis sijil yang dikeluarkan oleh Ketua Perangkawan Negara?
  28. Apakah isu-isu terkini yang sedang diperkatakan dalam negara ketika ini?

Tips Lulus Temuduga

Ramai calon temuduga menganggap proses temuduga adalah satu proses yang mudah sehingga calon tidak membuat sebarang persediaan. Jadi, lakukan persediaan untuk menghadapi temuduga dengan mengikut tips berikut :

1. Sediakan Resume Dan Sijil 

Anda boleh membuat persiapan resume dan sijil seminggu awal sebelum temuduga. Buat salinan resume dan sijil dengan secukupnya untuk diberikan kepada penemuduga. Susun sijil original dengan susunan yang betul dan masukkan sijil yang penting sahaja ke dalam fail.

2. Penampilan Yang Menarik

Siapkan pakaian dan diri anda sebelum hadir temuduga. Pakai pakaian yang kemas dan bersih. Potong rambut dan rapikan sehingga nampak kemas. Pakai pakaian temuduga mengikut kod pakaian yang betul dan tidak menjolok mata.

3. Buat Latihan

Anda boleh persiapkan diri dengan membuat latihan temuduga dengan rakan anda. Ini adalah salah satu cara untuk membina keyakinan diri anda untuk berkomunikasi di hadapan penemuduga.

4. Tepati Masa

Hadir tepat pada masanya atau awal sebelum waktu temuduga. Jangan hadir lewat daripada waktu temuduga yang telah ditetapkan.

Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

Untuk makluman anda, jualan khas rujukan temuduga Kerja Kerajaan telah pun di buka. Ia merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN