Portal Jawatan Kosong Terkini

Sample Soalan Temuduga Separa Perubatan Semenanjung, Sabah & Sarawak

Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan Semenanjung, Sabah & Sarawak. Berikut Merupakan Contoh Soalan Sebenar Temuduga Separa Diploma & SPM Calon Terdahulu. Anda Boleh Jadikan Contoh Soalan Latihan Separa Perubatan Di Bawah Sebagai Rujukan Awal.

Nak download 40 Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan Terkini? Nak tahu apa soalan lazim Temuduga Latihan Separa Perubatan? Apa soalan bakal di tanya panel penemuduga Separa Perubatan? dan, Apa kriteria penilaiannya?

Kami ada jawapan bagi persoalan calon temuduga Separa Perubatan dan anda boleh download kesemua 40 Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan Terkini di bawah. Namun sebelum anda download Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan tersebut pastikan anda membaca beberapa fakta dan statistik berangka di bawah untuk pengetahuan anda.

Untuk makluman anda juga, pihak kami telah pun menghebahkan jualan Panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan versi update yang pihak kami keluarkan untuk persediaan anda.

Pastikan anda dapatkan panduan di bawah sekiranya anda terlibat dengan sesi temuduga Separa Perubatan minggu ini. Pastikan anda daftar sebagai pembaca laman ini untuk tidak terlepas hebahan terkini berkaitan temuduga.

INFO RINGKAS KERJAYA SEPARA PERUBATAN

Kerjaya Separa Perubatan kini menjadi antara kerjaya pilihan lepasan SPM dan Diploma selain dari kerja sektor awam yang lain.

40, 000 calon Separa Perubatan telah menduduki peperiksaan ini pada tahun 2014. Jumlah ini termasuk ribuan calon Separa Perubatan di Sabah dan Sarawak.

Manakala pada tahun ini seramai 8759 calon menduduki peperiksaan online yang diadakan. Ramai lagi calon yang lulus cemerlang peperiksaan seperti anda.

Dari jumlah itu, sebahagian besar di panggil menghadiri temuduga Separa Perubatan pada tahun 2016/2017. Bayangkan betapa sengitnya persaingan menjawat jawatan ini.

Dari jumlah itu calon-calon akan di temuduga untuk melayakkan mendapat tempat untuk 10 Latihan Separa Perubatan taraf Diploma dan 3 Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil di bawah.

10 LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA

Tahukah anda terdapat 10 Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan kepada calon peringkat Diploma. Kesemua jawatan di bawah memerlukan pengisian segera. Berikut merupakan Latihan Separa Perubatan bertaraf diploma.

  1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  4. Latihan Jururawat
  5. Latihan Jururawat Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

3 LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL

Tahukah anda terdapat 3 Latihan Separa Perubatan bertaraf sijil? Di bawah merupakan antara jawatan kerajaan paling popular yang menjadi pilihan calon lepasan SPM.

  1. Latihan Jururawat Masyarakat
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  3. Latihan Pembantu Kesihatan Awam

KERJAYA SEPARA PERUBATAN DI MALAYSIA

Saban tahun ribuan peluang kerja dalam bidang Separa Perubatan telah ditawarkan bagi mengisi kekosongan jawatan yang di Kementerian Kesihatan Malaysia. Kesemua jawatan Separa Perubatan memerlukan pengisian segera.

Seperti kebiasaan kesemua urusan pengisian kekosongan jawatan Separa Perubatan Malaysia akan dilakukan oleh pihak SPA Malaysia bagi Kementerian Kesihatan Malaysia.

42,876 CALON MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEPARA PERUBATAN 2014

Tahukah anda tahun 2014 sahaja, 42,876 calon menduduki peperiksaan Separa Perubatan dengan jayanya termasuk 30 calon yang berada di 16 negara, antaranya Singapura, United Kingdom, Ireland dan Australia.  Bayangkan persaingan calon menjawat jawatan ini.

Berdasarkan dari statistik tersebut, jumlah Separa Perubatan akan di tambah dari masa ke semasa yang akan membuka peluang kerja kepada calon yang layak selaras dengan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia.

Namun, dengan jumlah calon seramai itu sudah tentu persaingan mendapatkan tempat akan lebih sengit. Hanya calon Separa Perubatan terbaik yang akan terpilih dan sebahagian dari jumlah tersebut akan gagal temuduga.

RAMAI CALON SEPARA PERUBATAN GAGAL TEMUDUGA

Untuk pengetahuan, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kegagalan calon melepasi proses temuduga Separa Perubatan. Antara yang paling utama ialah tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan yang dikemukakan dan bagaimana hendak berhadapan dengan penemuduga.

Ramai calon gagal menjawab dengan baik semasa sesi temuduga diadakan. Mereka juga tidak pasti apa soalan temuduga Separa Perubatan yang akan di tanya panel temuduga.

Faktor di atas telah dikenalpasti sebagai penyumbang utama kegagalan calon. Ini termasuk kegagalan calon “mengambil hati” penemuduga, penampilan selekeh dan pelbagai lagi faktor yang menyumbang.

Selain itu, faktor kegagalan mempersembahkan resume Separa Perubatan yang “memikat” kepada panel penemuduga juga telah menjadi halangan utama calon menjawat jawatan ini.

40 CONTOH SOALAN TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN

Berikut ialah soalan temuduga Latihan Separa Perubatan yang ingin kami kongsikan sebagai persediaan untuk anda menghadapi temuduga tersebut.

Anda boleh download contoh soalan temuduga Separa Perubatan ini di bawah untuk memudahkan pembacaan anda.

  1. Sila perkenalkan diri anda.
  2. Apa bidang ko-kurikulum yang anda sertai semasa di sekolah dahulu?
  3. Mengapa anda berminat nak menceburi latihan separa perubatan?
  4. Adakah anda layak menceburi bidang latihan separa perubatan?
  5. Apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menjawat latihan separa perubatan?
  6. Bagaimana anda hendak menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan pesakit yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia?
  7. Sebutkan bidang-bidang latihan separa perubatan yang kamu tahu.
  8. Berikan sekurang-kurangnya 5 nama kolej latihan separa perubatan yang anda tahu.
  9. Berikan perbezaan di antara klinik dan hospital.
  10. Terangkan apa yang anda faham mengenai Klinik 1 Malaysia?
  11. Berikan punca kepada demam malaria serta langkah-langkah untuk mencegahnya.
  12. Berikan nama bagi Menteri Kesihatan Malaysia yang terkini.
  13. Berikan nama bagi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
  14. Senaraikan 3 jenis penyakit yang berpunca dari air tercemar.
  15. Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kempen kesihatan yang anda tahu.
  16. Nyatakan contoh penyakit yang disebabkan oleh kandungan gula berlebihan.
  17. Nyatakan 5 contoh jabatan yang terdapat di hospital kerajaan.
  18. Bolehkah anda bekerja dalam syif siang dan malam secara berganti-ganti?
  19. Ceritakan tentang piramid makanan yang anda tahu.
  20. Terangkan misi dan visi Kementerian Kesihatan Malaysia.
  21. Terangkan mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan fungsinya.
  22. Kerajaan telah memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), sila berikan ulasan mengenai perkara ini.
  23. Terangkan mengapa kami harus pilih anda dan bukan calon-calon yang lain?
  24. Ceritakan kelemahan diri anda yang perlu kami ketahui?
  25. Apakah strategi anda untuk memperbaiki kelemahan tersebut?
  26. Mengapa anda memilih kerjaya dalam sektor awam dan bukan sektor swasta?
  27. Adakah sistem pendidikan di Malaysia berada pada hala tuju yang benar?
  28. Apakah cadangan anda untuk menambahbaik sistem pendidikan yang ada sekarang?
  29. Sekiranya anda seorang pereka grafik, apakah langkah-langkah yang diambil sebelum membuat sebuah rekaan iklan?
  30. Nyatakan contoh pencapaian anda dalam kategori teknologi maklumat semasa belajar atau bekerja semasa dahulu.
  31. Sebagai seorang ketua di sebuah jabatan kerajaan, apakah tindakan anda bagi memastikan semua staf di bawah seliaan anda berdisiplin di tempat kerja?
  32. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk berkhidmat ke sektor awam, bagaimanakah strategi anda untuk meyakinkan kami yang anda tidak akan berkhidmat semula dalam sektor swasta?
  33. Sebagai penjawat awam, anda menghadapi kemungkinan untuk berpindah lokasi pekerjaan ke tempat atau negeri lain. Adakah anda akan memberi komitmen yang baik?
  34. Apakah perancangan anda sekiranya diberikan tugas untuk menjayakan satu program di tempat kerja anda?
  35. Apakah perbezaan jururawat dengan jururawat pergigian?
  36. Terangkan risiko kerja yang ditanggung oleh Juru X-Ray.
  37. Apakah bidang latihan yang menjadi pilihan anda?
  38. Mengapa anda memilihi bidang latihan tersebut?
  39. Berapa lamakah anda akan menjalani latihan bidang tersebut?
  40. Ada apa-apa soalan yang anda hendak tanya?

Anda bakal menduduki Temuduga Separa Perubatan? Anda Perlukan Rujukan di bawah…

PANDUAN TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN DIPLOMA/SIJIL

Perhatian calon temuduga Separa Perubatan!!! Sekiranya anda ingin membuat persediaan rapi maka anda perlu dapatkan panduan temuduga Separa Perubatan yang kami keluarkan di bawah.

Untuk makluman anda, Panduan Temuduga Kerjaya Separa Perubatan ini merupakan sebahagian dari komponen rujukan pantas khas yang telah dipakejkan sekali dengan panduan Temuduga Kerja Kerajaan untuk membantu calon lulus cemerlang temuduga.

Terdapat beberapa modul utama dalam panduan temuduga Kerja Kerajaan tersebut termasuk Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat sila dapatkan salinan panduan tersebut melalui link di bawah. Sila pilih pakej Temuduga Separa Perubatan di laman tempahan di bawah.

Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan

TEMPAH PANDUAN TEMUDUGA

Ambil langkah pertama anda untuk berada selangkah dari calon-calon lain dengan mendapatkan panduan Khas temuduga Separa Perubatan ini.

SERTAI CHANEL TELEGRAM SEPARA PERUBATAN

Calon juga boleh join chanel Telegram rasmi Separa Perubatan melalui pautan di bawah.

TELEGRAM SEPARA