Senarai 71 Jenis Jawatan Kerajaan Yang Anda Boleh Mohon Guna Diploma serta Sijil STP/STPM/STAM/HSC
Pada masa kini, jika lepasan graduan bekerja dalam perkhidmatan awam adalah satu peluang yang sangat berharga kerana terdapat pelbagai kelebihan dan kemudahan yang akan diperolehi sepanjang tempoh perkhidmatan.
Malah, pesara dalam perkhidmatan awam juga akan menikmati pencen yang akan diterima setiap bulan sekiranya bersara mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jadi, para graduan termasuk pemilik sijil STP/STPM/STAM/HSC boleh memohon mana-mana jawatan yang disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan jangan lupa, buat pendaftaran di laman web SPA9 dahulu ya!
71 JAWATAN BOLEH DIPOHON GRADUAN DIPLOMA & PEMILIK STP/STPM/HSC
Terdapat 71 jawatan yang boleh dipohon oleh graduan Diploma dan pemilik STP/STPM/HSC adalah seperti berikut:
- Pegawai Lain-Lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim (Bintara Muda Maritim Gred T5)
- Jurubahasa Gred LA29
- Jurupulih Perubatan Gred U29 (Fisioterapi)
- Jurupulih Perubatan Gred U29 (Cara Kerja)
- Jururawat Gred U29
- Juruterapi Pergigian Gred U29
- Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29
- Juruteknologi Pergigian Gred U29
- Juru X-Ray Gred U29
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29
- Penghulu Gred NP29
- Penolong Akauntan Gred W29
- Penolong Arkitek Landskap Gred JA29
- Penolong Juruaudit Gred W29
- Penolong Jurutera Gred JA29
- Penolong Juruukur Gred JA29
- Penolong Juruukur Bahan Gred JA29
- Penolong Juruukur Bangunan Gred J29
- Penolong Kurator Gred S29
- Penolong Pegawai Antidadah Gred S29
- Penolong Pegawai Arkib Gred S29
- Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29
- Penolong Pegawai Farmasi Gred U29
- Penolong Pegawai Geosains Gred C29
- Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29
- Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29
- Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C29
- Penolong Pegawai Kesatria Gred S29
- Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
- Penolong Pegawai Latihan Gred E29
- Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29
- Penolong Pegawai Laut Gred A29
- Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29
- Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29
- Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29
- Penolong Pegawai Penerangan Gred S29
- Penolong Pegawai Penerbitan Gred N29
- Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29
- Penolong Pegawai Penilaian Gred W29
- Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29
- Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29
- Penolong Pegawai Penyelidik Sosial Gred N29
- Penolong Pegawai Perancang Bandar & Desa Gred JA29
- Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29
- Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S29
- Penolong Pegawai Perikanan Gred G29
- Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29
- Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
- Penolong Pegawai Perubatan Gred U29
- Penolong Pegawai Psikologi Gred S29
- Penolong Pegawai Sains Gred C29
- Penolong Pegawai Senibina Gred JA29
- Penolong Pegawai Siasatan Gred KP29
- Penolong Pegawai Syariah Gred LS29
- Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
- Penolong Pegawai Tanah Gred NT29
- Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
- Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29
- Penolong Pegawai Veterinar Gred G29
- Penolong Pemelihara Hutan Gred G29
- Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29
- Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
- Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29
- Penolong Penguasa Kastam Gred WK29
- Penolong Penguasa Penjara Gred KA29
- Penolong Pengurus Asrama Gred N29
- Penolong Pustakawan Gred S29
- Setiausaha Pejabat Gred N29
SYARAT UMUM LANTIKAN
Syarat-syarat umum untuk lantikan atau permohonan bagi jawatan-jawatan ini aialah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Sijil Tinggi Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Untuk syarat kelayakan bagi kesemua jawatan diatas, klik sini untuk rujukan anda:
SYARAT UTAMA GUNA SIJIL PT3/PMR/SRP
Apa pula syarat utama bagi pemohon kerja menggunakan PT3/PMR/SRP?
Syarat utama yang harus ada pada setiap calon yang ingin memohon jawatan dalam perkhidmatan awam menggunakan Sijil PT3/PMR/SRP dilihat pada 2 subjek utama iaitu:
- Bahasa Melayu
- Matematik
- 3 subjek lain
Anda juga boleh rujuk syarat-syarat utama bagi pemilik sijil PT3/PMR/SRP dipautan ini:
Bagi graduan yang nak dapatkan kerja 3 bulan sebelum tamat belajar, ikuti tips yang dikongsikan ini: