Ingin kerja kerajaan? atau, ingin mengisi kekosongan jawatan di dalam Perkhidmatan Awam? Tapi tak tahu cara. Apa kata anda baca panduan pendaftaran SPA9 ringkas ini.
Calon lepasan SPM, STPM dan STAM atau setaraf dengannya bagi tahun semasa yang berminat dengan pekerjaan dalam sektor Perkhidmatan Awam adalah digalakkan untuk mendaftar bagi memenuhi kekosongan dalam setiap bidang pengkhususan jawatan sektor awam yang ada.
Jadi, semua pemohon baharu adalah diwajibkan mendaftar akaun permohonan secara atas talian (online) melalui sistem yang disediakan bagi mencapai dan mengakses sepenuhnya Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Sektor Awam (SPA9)
Untuk makluman anda, tempoh sah laku bagi pendaftaran adalah satu tahun sahaja, oleh itu pada tahun berikutnya anda perlu mengemaskini semula.
Permohonan jawatan adalah menggunakan dasar One Step Lower :
- Memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
- Memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
- Memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.
Untuk pengetahuan, hanya 15 jawatan sahaja yang boleh dimohon melalui borang SPA9 pada satu-satu masa permohonan. Ini tidak termasuk permohonan jawatan kosong PDRM.
Baca juga: Trend Pelantikan Jawatan Kerajaan Ini
Jika permohonan anda tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan, pihak SPA boleh membatalkan semua permohonan anda.
PERMOHONAN SPA9 BAGI LEPASAN SPM STPM STAM
Di bawah merupakan panduan ringkas berhubung dengan permohonan atau pendaftaran pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam SPA9 kepada calon lepasan SPM, STPM & STAM yang berminat menjawat jawatan dalam Perkhidmatan Awam.
Sila ikut langkah mudah di bawah.
PERMOHONAN SPA9 UNTUK LEPASAN SPM, STPM STAM | ||||||||
Di bawah merupakan pautan rasmi untuk anda daftar permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9) secara online. Anda boleh akses laman SPA9 melalui pautan di bawah. | ||||||||
Daftar |
|
|||||||
Info Penting Pendaftaran SPA9 | ||||||||
Makluman |
|
|||||||
Kelayakan Permohonan Pendaftaran | ||||||||
Info |
|
|||||||
Maklumat Berkaitan Permohonan SPA9 | ||||||||
|
Pemohon dinasihatkan melayari Portal Rasmi SPA di pautan yang disediakan di bawah bagi mendapatkan sebarang maklumat yang terkini.Info yang dinyatakan adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dan perubahan semasa.
SEMAKAN PERMOHONAN
Pemohon yang telah berjaya mendaftar, anda boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan”.
Jika paparan menunjukkan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan”,ini bermakna tiada urusan pengambilan jawatan dari tarikh daftar.
Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi syarat yang ditetapkan oleh SPA iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak memohon jawatan berkenaan.
NAK DAFTAR SPA9?
Anda juga boleh terus ke Portal SPA9 untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan permohonan dan pendaftaran pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam. Terus ke SPA9 melalui pautan di bawah.