Apakah Sumbangan Anda Untuk Kerajaan Sebelum Bekerja Dalam Perkhidmatan Awam? 5 Tips Cara Jawab
Tahukah anda dalam setiap sesi temuduga, setiap soalan yang akan ditanyakan kepada calon temuduga sudah pasti tidak sama.
Sebagai calon yang sangat berminat dengan jawatan yang dipohon, anda perlu membuat persediaan dan membuat kajian mengenai jawatan dan soalan-soalan yang mungkin ditanya oleh panel temuduga.
Contohnya jika penemuduga bertanyakan soalan mengenai, “Apakah Sumbangan Anda Untuk Kerajaan Sebelum Bekerja Dalam Perkhidmatan Awam?”.
Apa yang anda nak jawab?
SUMBANGAN RAKYAT KEPADA NEGARA
Sebelum itu, kita dapatkan sedikit info mengenai sumbangan rakyat kepada negara dahulu.
Adakah anda sendiri tahu apakah sumbangan anda kepada negara?
Sebagai rakyat yang cintakan negara, pastinya anda memberikan pelbagai sumbangan kepada negara secara langsung dan tidak langsung.
Antara sumbangan rakyat kepada negara adalah:
- Menjaga keselamatan negara seperti mewujudkan Rukun Tetangga untuk menjaga keselamatan dan keamanan sekitar perumahan, serta bekerjasama sesama kaum.
- Menghormati perbezaan keturunan, kebudayaan dan agama serta betolak ansur antara satu sama lain.
- Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.
- Taat dan setia kepada negera dan menjaga kedaulatan negara tanpa dijajah oleh orang luar.
- Menjalankan kewajipan sebagai pengundi yang berdaftar dengan memilih pemimpin yang layak di kawasan anda.
Seterusnya, jom lihat cara untuk menjawab soalan “Apakah Sumbangan Anda Untuk Kerajaan Sebelum Bekerja Dalam Perkhidmatan Awam?”
Baca juga: Jangan Sebut “Tak Tahu” Dalam Temuduga Kerja SPA! Pantang Larang Temuduga
5 TIPS CARA JAWAB “APAKAH SUMBANGAN ANDA UNTUK KERAJAAN SEBELUM BEKERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM?”
Anda boleh amalkan 5 tips untuk menjawab soalan “Apakah Sumbangan Anda Untuk Kerajaan Sebelum Bekerja Dalam Perkhidmatan Awam?” yang dikongsikan ini.
Sekiranya anda mempunyai cadangan yang lain, anda boleh amalkan dan pastikan ianya sesuai dengan soalan yang dikemukakan oleh panel penemuduga.
5 tips yang boleh anda gunakan untuk menjawab soalan ini adalah:
1. Ucapkan Terima Kasih
- Ucapkan terima kasih kepada panel temuduga selepas memberikan soalan kepada anda.
- Ini menunjukkan bahawa anda sangat fokus dengan soalan yang dikemukakan dan menunjukkan bahawa anda adalah calon yang sopan serta sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.
- Teknik ini juga sering digunakan untuk mengurangkan rasa gemuruh untuk menjawab soalan yang dikemukakan.
2. Nyatakan Minat
- Walaupun soalan tersebut agak sukar untuk menjawab soalan tersebut, nyatakan dahulu bahawa anda sangat minat dengan jawatan tersebut sebagai pendahuluan untuk jawapan anda.
- Juga ceritakan kepada panel bahawa anda telah membuat kajian mengenai jawatan yang anda mohon dengan hadir ke pejabat atau organisasi tersebut untuk dapatkan gambaran tatacara kerja, tugas-tugas untuk jawatan tersebut dan serta info struktur jabatan.
- Ini menunjukkan bahawa anda sangat berminat dengan jawatan yang anda mohon kerana membuat kajian dari pelbagai sudut jawatan.
3. Sumbangan
- Walaupun anda pernah bekerja dengan perkhidmatan awam atau belum pernah, sudah pastinya anda mempunyai sumbangan dalam sesuatu organisasi.
- Nyatakan sahaja sumbangan anda terhadap jabatan/organisasi tersebut sehingga panel bertanyakan soalan kepada anda.
- JIka belum bekerja, nyatakan sumbangan anda dengan menjawab seperti berikut: Anda menyokong dasar-dasar yang digubal oleh Kerajaan, membayar cukai kepada kerajaan seperti yang ditetapkan, sentiasa mematuhi SOP dalam memerangi Cocid-19, menjadi sukarelawan, sentiasa mengekalkan keamanan negara,komuniti dengan berpegang teguh pada negara (Nyatakan rukun negara jika masih ada masa atau panel masih mendengar jawapan anda). Jangan lupa untuk huraikan setiap sumbangan anda.
4. Nyatakan Harapan
- Anda boleh nyatakan harapan anda seperti: “Sekiranya saya memegang jawatan ini, saya akan buat yang terbaik dan saya akan memberi lebih banyak sumbangan kepada komuniti, Kerajaan dan Negara.”
- Pernyataan anda ini merupakan satu harapan yang sangat tinggi malah ia meyakinkan pihak panel bahawa anda sangat berminat dengan jawatan yang dipohon.
- Panel juga akan melihat bahawa anda boleh menjadi seorang yang boleh memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan sekiranya berpeluang menjawat jawatan tersebut.
5. Latihan Simulasi
- Sebelum membuat latihan simulasi, dapatkan pelbagai maklumat mengenai sumbangan anada kepada negara seberapa banyak yang mungkin. Pastikan sumbangan tersebut benar-benar anda lakukan dan berlaku jujur ketika menjawab soalan ya!
- Buat latihan bersama rakan anda dan pastikan anda merakamnya untuk penambahbaikan sebelum temuduga yang sebenar.
- Ketika latihan simulasi ini juga anda boleh setup peralatan seperti laptop, kamera, mikrofon dan internet untuk temuduga secara online.
- Ingat, pakai pakaian seperti temuduga yang sebenar dan pastikan ianya lengkap dan berkasut.
Anda dah dapat sesuatu? Jangan lupa aplikasikannya semasa temuduga anda nanti dan semoga anda berjaya dalam temuduga!
Baca juga: Tema Kemerdekaan Tahun 2021, Susunan Bendera Di Malaysia & Maksud Jata Negara Malaysia
PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN
Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.
Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.
Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.