Syarat Minima Apply Jawatan Konstabel Polis PDRM (Minima 2 Kepujian + Lulus 4 Subjek SPM Lain)
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini membuka permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YA1 buat warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan bermula 2 Ogos 2021 hingga 15 Ogos 2021.
Calon diminta untuk semak syarat-syarat kelayakan disenaraikan dibawah sebelum memohon.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui syarat-syarat kelayakan dan cara membuat permohonan jawatan Konstabel Polis YA1.
SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh individu yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan.
Syarat Umum
- Terdiri dari Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online
Syarat Kelayakan Akademik
- Lulus SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan [Gaji permulaan Gred YA1: RM1,441.00]; dan
Dua kepujian termasuk Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM dan lulus 4 mata pelajaran lain; atau - Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktirad setaraf dengnnya oleh kerajaan. [ Gaji permulaan Gred YA1: RM1,441.00]; dan
Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred C), mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan kompeten semua modul vokasional ; atau - Lulus SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [ Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM1,506.01]; atau
- Lulus SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [ Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM1,573.02]
Syarat Kelayakan Fizikal
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
- Tinggi sekurang-kurangnya 163 cm (lelaki) ;
- Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki);
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja);
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).
DESKRIPSI TUGAS
Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.
Antara tugas tersebut adalah:
- mentadbir,
- merancang pencegahan jenayah,
- menyiasat,
- menangkap dan mendakwa,
- mengatur kawalan trafik,
- mengumpul risikan,
- menyediakan peralatan dan perhubungan,
- rondaan mencegah jenayah, mengawal,
- mengiring pesalah-pesalah serta
- mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara
KELAYAKAN GAJI
Kelayakan gaji bagi Gred YT1 adalah seperti berikut:
- Gaji minimum : RM1,441.00
- Gaji maksimum : RM4,152.00
- Kadar kenaikan gaji tahunan: RM105.00
ELAUN DAN KEMUDAHAN
Antara elaun dan kemudahan yang disediakan bagi pemegang jawatan ini adalah:
- Elaun Tetap Perumahan : RM 300
- Elaun Cola : RM100 – RM 350
- Elaun Khidmat Awam : RM 115
- Elaun Khas PDRM : RM 200
- Elaun Seragam PRP/ Konstabel : RM 690
- Elaun Kasut : RM 300
Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima.
CARA MEMOHON
Permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YA1 boleh dilakukan secara atas talian mulai 2 Ogos sehingga 15 Ogos 2021 seperti berikut:
1.. Layari laman web ePengambilan PDRM
2. Untuk permohonan kali pertama, pemohon mestilah daftar akaun dengan membuat Pendaftaran Baru
3. Isi maklumat pendaftaran dengan lengkap dan pastikan alamat email yang digunakan adalah email yang aktif
4. Setelah selesai pendaftaran, log masuk seperti biasa
5. Buat permohonan jawatan yang ditawarkan
Untuk pernyataan lanjut mengenai penawaran jawatan, anda boleh terus ajukan ke Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia di Talian Help Desk 03 2266 8345 / 8350 / 8351.