Skim PENJANA MARA ialah kemudahan pembiayaan yang diperuntukkan kepada kumpulan sasar yang terjejas akibat wabak Pandemik Covid-19. Kemudahan ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek.
Peluang terbuka kepada Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas untuk menjalani kursus dan latihan kompetensi bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerjaan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut PENJANA MARA dan cara membuat permohonan.
KEMUDAHAN PENJANA MARA
Kemudahan PENJANA MARA adalah berbentuk:
- Pembiayaan kursus
- Latihan kompetensi
- Jaminan pekerjaan
- Peluang menjalankan perniagaan
Pembiayaan ini merupakan pinjaman boleh ubah dan terikat dengan kontrak perjanjian dalam tempoh masa yang ditetapkan
OBJEKTIF PROGRAM
Program ini ditawarkan adalah dengan tujuan untuk:
- Memberikan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik Covid-19
- Menyediakan latihan kemahiran dan pemberian geran kepada belia
- Pengupayaan Digital dan Punca Pendapatan Baharu
- Keyakinan Diri & Daya Saing
GOLONGAN SASARAN
Kumpulan sasar yang terjejas akibat Pandemik Covid-19 adalah seperti berikut:
- Belia yang tidak bekerja
- Pekerja yang dibuang kerja
- Lepasan sekolah
- Gelandangan
- Usahawan teknikal baharu
- Graduan TVET
- Komuniti setempat
PROGRAM DITAWARKAN
Berikut adalah senarai program yang ditawarkan:
- Perantisan
- e-Usahawan
- Kursus Jangkamasa Pendek
- Penjagaan Kesihatan & Keselamatan Kebiasaan Baharu
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat untuk mengikuti program Jaminan Pekerjaan dan Usahawan Teknikal Menerusi PENJANA MARA dan dapatkan pembiayaan yang bersesuaian, anda boleh mengisi permohonan sekarang di pautan berikut:
Pemohon yang tidak dihubungi dalam tempoh 1 bulan dari tarikh permohonan dianggap TIDAK BERJAYA. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi:
- Bahagian Kemahiran Dan Teknikal
Tingkat 20 & 21 Ibu Pejabat MARA 21,
Jalan MARA,
50609 Kuala Lumpur - Emel: [email protected]
- Maklum Balas PENJANA MARA