Tema Kemerdekaan Tahun 2010-2020
Berpeluh juga sekiranya anda disoal mengenai tema kemerdekaan bermula tahun 2010 sehingga tahun 2020. Soalan ini selalu ditanya jika anda menghadiri temuduga kerajaan iaitu temuduga SPA. Ia bertujuan untuk menilai pengetahuan am seorang calon serta serta menilai usaha seorang calon untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bidang pekerjaan yang dipohon. Sebelum itu, anda perlu ketahui tarikh kemerdekaan Malaysia iaitu pada 31 Ogos 1957 dan lagu Negaraku dikumandangkan serta diikuti 7 laungan “Merdeka” yang diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman.Logo Dan Tema Hari Kebangsaan 2010-2020
Tahun : 2010
- Sambutan Kemerdekaan ke-53 tahun.
- Tema: 1 Malaysia: Menjana Transformasi

Tahun : 2011
- Sambutan Kemerdekaan ke-54 tahun.
- Tema : 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

Tahun : 2012
- Sambutan Kemerdekaan ke-55 tahun.
- Tema : 55 tahun merdeka – Janji Ditepati

Nota : Logo ditarik balik kemudian
Tahun : 2013
- Sambutan Kemerdekaan ke-56 tahun.
- Tema : Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku

Tahun : 2014
- Sambutan Kemerdekaan ke-57 tahun.
- Tema : Malaysia…. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Tahun : 2015
- Sambutan Kemerdekaan ke-58 tahun.
- Tema : Malaysia #SehatiSejiwa

Tahun : 2016
- Sambutan Kemerdekaan ke-59 tahun.
- Tema : Malaysia #SehatiSejiwa

Tahun: 2017
- Sambutan Kemerdekaan ke-60 tahun.
- Tema: Negaraku #SehatiSejiwa

Tahun: 2018
- Sambutan Kemerdekaan ke-61 tahun.
- Tema: Sayangi Malaysiaku

Tahun: 2019
- Sambutan Kemerdekaan ke-62 tahun.
- Tema: Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih

Tahun: 2020
- Sambutan Kemerdekaan ke-63 tahun.
- Tema: Malaysia Prihatin
