Amalkan Tips Ini Jika Anda Mahu Dipanggil Interview Dengan Mudah
Berjuta kali mohon kerja dalam pelbagai cara namun masih juga tidak dipanggil kerja walaupun merasakan diri sudah layak untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Jadi bagaimana cara yang betul untuk apply kerja dan mudah untuk dipanggil interview ya?
Jom amalkan tips yang akan dikongsikan ini agar anda yang mohon kerja dipanggil temuduga dan mendapat kerja yang dipohon.
Medium Mohon Kerja
Sebelum anda mohon kerja, dapatkan dahulu medium atau platform yang terbaik untuk anda mohon kerja. Antaranya ialah :
- Laman kerjaya seperti SPA, Jabatan Tenaga Kerja, Jobstreet, Jobs Malaysia, MySPP dan pelbagai lagi platform yang diiktiraf.
- Karnival kerjaya.
- Terus mohon ke syarikat yang membuat iklan jawatan kosong.
Cara Untuk Mohon
Berikut adalah cara untuk mohon pekerjaan melalui platform pencari kerja yang disediakan :
1. Sediakan Profile Calon
Pastikan anda mengisi dengan lengkap setiap maklumat atau butiran yang diperlukan seperti :
- Maklumat diri
- Pendidikan
- Nombor telefon
- Alamat emel yang betul
- Kemahiran
- Pengalaman
- Gaji yang dipohon
- Maklumat lain yang diperlukan
Jangan risau, anda tidak perlu membayar sebarang yuran untuk memohon pekerjaan ini.
2. Muat Naik Gambar
Pastikan anda memuat naik gambar anda sekiranya diminta. Sediakan gambar anda yang telah di scan dan save dalam satu fail untuk memudahkan anda upload ketika memohon kerja.
Gambar yang akan diupload nanti seeloknya dalam bentuk ukuran pasport dan jelas.
3. Upload Resume
Upload resume anda yang telah di save dalam bentuk PDF supaya senang dibuka dan dibaca oleh majikan atau bahagian pengambilan pekerja.
4. Mohon Kerja
Setelah anda selesai melakukan semua perkara diatas, barulah mohon kerja yang diiklankan.
Perkara Penting Yang Dilihat Majikan
Berikut adalah beberapa perkara penting yang akan dilihat oleh majikan semasa anda memohon kerja yang diiklankan :
- Skill / Kemahiran
Sekiranya anda meletakkan kemahiran komputer, jangan letakkan Microsoft Office sahaja. Tulis juga skill yang berkaitan seperti Adobe Photoshop, Publisher, Powerpoint, Autocad dan perisian yang anda mahir gunakan.
Buatkan majikan rasa teruja dengan skill yang anda ada dan tidak tercari-cari apakah kelayakan yang ada pada anda.
- Anggaran Gaji
Jangan letakkan anggaran gaji yang terlampau tinggi sekiranya anda merupakan graduan yang baru tamat belajar. Pastikan anda tahu anggaran gaji yang terkini dan relevan. Lakukan sedikit penyelidikan mengenai anggaran gaji mengikut pekerjaan yang ditawarkan.
- Lokasi
Lokasi anda juga akan difokuskan oleh bahagian pengambilan pekerja supaya tidak ada masalah berkaitan pengangkutan, kos tambang dan sebagainya di kemudian hari.
Bahagian pengambilan pekerja juga akan melakukan screening terlebih dahulu dan melihat bahagian lokasi pada resume anda. Jika anda tinggal di Perak tetapi jawatan kosong di Pahang, bahagian pengambilan pekerja tidak akan membaca resume and dan anda akan diketepikan untuk jawatan tersebut.
Pastikan lokasinya hampir dengan kediaman anda dan ubah lokasi sekiranya anda benar-benar mahukan pekerjaan tersebut.
- Pitching
Jangan abaikan bahagian ini. Bahagian ini sangat penting untuk diisi oleh anda. Sebaliknya anda perlu tengok bahagian JOB DESCRIPTION dan REQUIREMENTS. Jadi anda hanya pitching sahaja dua bahagian ini dengan menggunakan 300 karakter pitch yang disediakan di dalam borang.
Contoh :
As a______ graduate, I am familiar with ________ I am able to work independently as well as in group environment. I am also equipped with the hands-on experience of using_________machine.
Tingkatkan Peluang
- Jika anda tahu kekosongan jawatan di mana-mana syarikat, jangan simpan untuk anda seorang. Beritahu dan share dengan rakan-rakan anda.
- Sentiasa perbaiki diri dan tambahkan ilmu pengetahuan dalam apa jua bidang terutamanya bahagian kemahiran seperti kemahiran komputer, kemahiran komunikasi, kemahiran berbahasa dan sebagainya.
- Sentiasa rajin membuat permohonan kerja dan ikuti iklan daripada mana-mana platform yang disediakan.
- Betulkan resume dan pastikan isi kandungan sentiasa di update dari semasa ke semasa dan mengikut pekerjaan yang dipohon.
- Berdoa dan terus berdoa serta bertawakal setelah anda mohon pekerjaan tersebut.
Sentiasa bersiap sedia dan majukan diri anda sebelum anda mohon sebarang pekerjaan. Jangan mengisi borang permohonan secara sambil lewa dengan harapan mungkin anda dipanggil kerja. Ikuti tips yang dikongsikan ini dan semoga anda mendapat pekerjaan yang dimohon.